Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nurul Izzah Cabar Zahid Heret Petualang Sebenar Skandal Scorpene

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengheret petualang sebenar yang telah menggunakandana negara untuk membayar komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene.
Menurut Nurul Izzah, Ahmad Zahid tidak boleh menunding jari dan menuduhnya sebagai penderhaka sedangkan penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan yang tinggi kepada kroni dan pembelian alatan atau pun kos projek yang berganda demi memenuhi poket masing-masing.
"Kenyataan saya dalam temubual bersama akhbar Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac lalu bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal," jelas Nurul Izzah.
Katanya, apabila Ahmad Zahid menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan beliau itu, Menteri diingatkan kenyataan yang serupa dikeluarkannya di dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang menyatakan masalah teknikal yang sama dihadapi oleh negara lain di seluruh dunia.
"Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?
"Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos lalu bertajuk kapal selam sertai latihan terbitan dalam Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
"Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas laporan polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi," ujar Nurul Izzah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjawab dakwaan Menteri Pertahanan menuduh beliau seorang penderhaka.

Dalam pada itu, ahli parlimen muda itu melahirkan kebimbangan kerana Malaysia mempunyai sempadan laut yang luas, maka tidak wajar Latihan Kemahiran Laut dijalankan hanya setahun sekali.
Tambahnya lagi, perasaan itu turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan seluruh pasukan keselamatan.
Beliau mendesak Kementerian Pertahanan melakukan kajian menyeluruh berhubung skop perbelanjaan dan pembelian oleh pihak kementerian seperti lawatan ke luar negara serta pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti dahulu supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Justeru itu, Nurul Izzah berkata beliau sedia disiasat oleh pihak polis dan berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu berkait dengan pembelian dan penyelenggaraan kapal selam tersebut serta siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.
Kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek.
Nilai kontrak ialah Euro1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.
Manakala yang kedua melibatkan perbelanjaan bernilai Euro114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....