Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 Ogos 2010

CD Allah: Plaintif mahu periksa balas Syed Hamid Albar


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Seorang wanita beragama Kristian yang lapan keping cakera padat (CD) miliknya yang memuatkan ajaran agama Kristian mengandungi perkataan “Allah” yang telah dirampas Kementerian Dalam Negeri, mahu memeriksa balas bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung keputusan merampas CD berkenaan.
Jill Ireland Lawrence Bill memfailkan permohonan pada minggu lepas bagi peguam yang mewakilinya memeriksa balas Syed Hamid (gambar) mengenai afidavit bersumpah yang difailkan bekas Menteri itu bagi tujuan pendengaran permohonannya bagi semakan kehakiman.
Dalam permohonan itu, Jill, 27, juga mahu memeriksa balas seorang pegawai kastam, Suzanah Muin, iaitu individu yang merampas CD itu.
Menurut plaintif, beliau mahu memeriksa balas Syed Hamid atas alasan, antara lain, mengenai justifikasi tindakannya melarang pengimportan CD berkenaan, berhubung penggunaan perkataan “Allah’’ hanya eksklusif untuk agama Islam, dan mencabar kesahihan larangan itu seperti yang disahkan oleh Syed Hamid dalam afidavitnya.
Jill berkata beliau mahu memeriksa balas Suzana kerana wujud pertikaian di antara afidavit Suzana dan afidavitnya (Jill).

Syed Hamid dalam afidavitnya berkata keputusan melarang pengimportan CD itu adalah demi kepentingan keselamatan awam.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Halilah Suboh menetapkan 11 Oktober untuk sebutan kes itu selepas mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua belah pihak di dalam kamar hari ini.
Pada Mei tahun lepas, Jill, seorang kerani, yang diwakili peguam Annou Xavier, mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri ketika itu dan kerajaan.
Beliau memohon tiga relief — membatalkan keputusan kementerian merampas CD itu; perintah mandamus untuk mengarahkan kementerian memulangkan CD itu kepadanya; dan diisytiharkan yang beliau berhak daripada segi undang-undang untuk memiliki, menggunakan dan mengimport penerbitan mengandungi perkataan “Allah”.
Pada 11 Mei, 2008, kementerian merampas CD itu mengikut Seksyen 9 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 semasa Jill turun di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
CD itu mengandungi tajuk termasuk “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah”, “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” yang dibawa masuk dari Indonesia.
Anak kelahiran Sarawak dan beragama Kristian, Jill mendakwa beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam doa dan upacara penyembahan dan pendidikan agama.
Wanita itu mendakwa beliau juga menggunakan Injil versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia yang menggunakan perkataan “Allah”.
Jill juga mendakwa beliau menerima surat bertarikh 7 Julai, 2008 daripada kementerian yang menggariskan alasan bagi tindakan rampasan itu, yang antara lain menyatakan ia (CD) itu satu ancaman kepada keselamatan awam, menggunakan perkataan yang dilarang dan melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....