Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 Ogos 2010

BN Tidak Pandai Mengurus Negara, Jahat lagi Tidak Amanah





Sebarang Takir, KUALA NERUS - Yang Seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya diseru menolak kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memimpin negara hari ini kerana mereka tidak lagi layak diberikan amanah tersebut.

Exco kerajaan negeri Kelantan Abdullah Che Nawi berkata, mereka akan menjadikan negara kita yang kaya raya dan banyak hasil, sebuah negara bankrap pada tahun 2019.

"Saya berharap siapa yang datang ke ceramah ini, biar menjadi cerdik. Jadi cerdik kita ni bukanlah cerdik seorang diri. Biar semua rakyat di negeri Terengganu ini. Mesti beritahu semua rakyat Negeri Terengganu bahawa kerajaan yang memimpin Malaysia ini sebenarnya tidak layak untuk memimpin Malaysia kerana Malaysia yang cukup kaya-raya dan banyak hasil tiba-tiba nak bankrap,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan Isu-isu Semasa disini 6 Ogos.

(Gambar - Stadium runtuh; lambang kejahatan dan khianat pemimpin Umno/BN)

Beliau memetik contoh pemimpin Umno/BN Terengganu yang tidak melaksanakan amanah dengan baik sehingga pembinaan Stadium Sultan Mizan, runtuh dalam masa setahun selepas disiapkan.

"Mereka ini kumpulan yang tidak layak untuk memerintah. Tak ada amanah. Kita boleh tengok contoh di Terengganu. (Malam ini) Saya diajak oleh untuk melihat stadium. Dalam keadaan gelap pun, saya dapat melihat kesan runtuhan stadium itu.

"Saya juga pernah pergi secara dekat untuk melihat serpihan-serpihan zink yang runtuh. Baru-baru ini saya menelefon rakan saya supaya tolong cari kontarktor yang membekal zink tersebut. Kawan saya tanya kenapa sungguh sangat YB? Saya kata kalau saya boleh cari zink yang seumpama dengan tu, boleh saya bagi kepada rakyat kampung saya, jimat banyak. Nipis zink daripada kertas,"jelasnya.

Menurutnya, kekayaan Malaysia tidak boleh digambarkan dengan perkatakan setakat mana kekayaannya kerana terlalu banyak hasil yang dikeluarkan.

Katanya, sejak kecil kita diajar, Malaysia adalah pengeluar hasil yang ternama didunia,

"Dari kecil kita belajar, hasil getah nombor satu di dunia, bijih timah Malaysia pengeluar nombor satu di dunia. Kita dengar bijih besi, Malaysia ada nombor dalam dunia. Kelapa, nenas dan rempah juga tidak terkecuali. Kelapa sawit sekarang nombor satu dalam dunia,

"Malaysia hari ini negara pengeluar minyak dunia. Tidak banyak negara yang diisytiharkan sebagai negara pengeluar minyak dunia. Dan jika diperhatikan negara-negara pengeluar minyak dunia ini, kesemuanya negara yang kaya-raya. Sebutlah negara mana. Iran, Iraq sebelum diserang. Kena serang kerana minyak. Mereka merupakan negara yang cukup kaya dengan minyak sebab itulah Amerika serang. Saudi Arabia, Kuiwait, Brunei yang berdekatan dengan kita,"jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru.

Oleh itu, katanya tidak wajar membandingkan negara kita dengan Singapura dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.

Selain itu, katanya, dariapada negara-negara pengeluar minyak itu, mereka tidak ada hasil getah, tiada kelapa sawit, tiada bijih timah, tiada rempah, tiada nenas, tiada kelapa.

Namun negara-negara tersebut, katanya menjadi kaya raya hanya dengan hasil pengeluaran minyak sahaja, sehinggakan rakyatnya boleh belajar secara percuma dari kindergarten ke peringkat PHD.

Bukan itu sahaja, malahan katanya, bas-bas sekolah percuma datang ke rumah untuk hantar dan ambil anak-anak ke sekolah.

Justeru, negara kita Malaysia ini, katanya, dengan hasil pelbagai sumber dan juga hasil pengeluar minyak, ditambah pula dengan negara yang kecil serta rakyatnya tidak ramai, tiba-tiba boleh kerajaan Umno/BN tanpa malu dan segan mengatakan bahawa kerajaan Malaysia akan jatuh bankrap pada tahun 2019.

"Jadi hadirin sekalian, kenapa boleh jadi sebegini? Tidak lain dan tidak bukan, bukan setakat bodoh ditambah pula dengan jahat. Bagaimana boleh berlaku di Terengganu ni, bina stadium RM 323 juta. Ribut tiada, angin tiada, taufan tiada, banjir besar tiada, gempa bumi tiada, gunung berapi meletup tiada, tiba-tiba boleh runtuh.

"Bagaimana boleh runtuh masjid? Bagaimana boleh runtuh stesen bas? Bagaimana boleh runtuh universiti yang dalam proses pembinaan? Tak siap lagi dah runtuh. Boleh dilihat di dada-dada akhbar. Dan berapa banyak hospital yang saya baca daripada surat khabar kerajaan, yang dibina Imbang Penuhdi Terengganu. Pembinaan hospital yang melibatkan perbelanjaan yang besar sebagai hospital specialist, tidak boleh digunakan di Terengganu sehinggan ke hari ini,"jelasnya lagi, membayangkan berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh UMNO/BN yang bukan sahaja bodoh tapi kerana jahat dan tidak amanah.BO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masyallah...tak kisah lagu mana pun kita dah maju tak makan lagi ubi kayu sekurang kurangnya kita bangga ada orang melayu walaupun zaman 50an 60an 70an otak mereka bijak cari jalan nak majukan negara kasi rakyat hidup meningkat serta kasi manja dan muka pada orang melayu yang sehingga kini masih nak minta bantuan tak boleh nak berdikari walaupun belajar tinggi. Ada tulang 4 kerat pun masih nak "minta sedekah" tak boleh nak berfikir cari jalan nak majukan hidup dan keluarga tak mcm kaum cina yang awal awal sedar diri penumpang tetapi kini mendabik dada sebab DAP dah porak peranda orang melayu. Kita kena ingat orang melayu secara peribadi tak mendabik dada cakap aku org PKR, PAS atau umno, tetapi bila dah kena kiri kanan dgn DAP mcm di Pulau Pinang tak boleh berniaga, hilang maruah PAS PKR kerana nak bersuara tak boleh, tapi yg menjadi mangsa ahli mereka sendiri termasuk juga dari parti lawan UMNO. Ada jugak org PAS tak amanah, kalau amanah tak de bencana kat Kelantan, 20 tahun pun tak tau nak fikir cara berniaga, baik kasi kaum muslimah Kelantan saja berniaga mentadbir kerana mereka lebih bijak mengatur jalan serta menguasa perniagaan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....