Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 13 Ogos 2010

Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun

Adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim (kiri) dan Raja Muhammad Idzham ketika hadir mahkamah bulan lepas. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Dua adik-beradik, Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Muhammad Idzham masing-masing dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah membakar gereja Metro Tabernacle di sini awal tahun ini, ketika kontroversi berhubung penggunaan kalimah “Allah”.
Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah berkata mahkamah perlu menghantar mesej yang keras bahawa tindakan membakar rumah ibadat tidak boleh ditolak ansur sama sekali.
Katanya, individu yang melakukan serangan khianat ke atas rumah-rumah ibadat tidak wajar menerima belas kasihan.
“Oleh itu, kedua-dua anda dikenakan hukuman penjara lima tahun,” kata beliau.
Terdahulu beliau memutuskan kedua-dua mereka bersalah demikian selepas mendapati keterangan tertuduh bercanggah dan tidak konsisten.
“Pembela gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Saya mendapati kedua-dua tertuduh pertama dan kedua bersalah atas tuduhan ini,” kata Komathy.
“Jamuan barbeku adalah rekaan dan (idead) difikirkan kemudian,” kata Komathy merujuk kepada keterangan seorang guru bahawa kedua-dua tertuduh ada bersamanya pada malam kejadian dalam satu jamuan barbeku, malah dia sempat melihat anggota badan mereka terbakar.
Mohd Hamzan Zainal Abidin, 24, berkata ketika kejadian, Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham berada di rumahnya untuk menghadiri jamuan barbeku.
Keterangan bahawa Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham mengalami kecederaan ketika jamuan barbeku di rumah Hamzan hanya diketengahkan ketika mereka disoal siasat tiga hari lalu.
Saksi-saksi utama lain termasuk Dr Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur yang merawat Raja Muhammad Faizal dan seorang anggota polis mengambil keterangan Hamzan tidak memaklumkan mengenai aspek jamuan barbeku.
“Saksi Hamzan melemahkan lagi kes pembela,” kata Komathy.
Hakim berkata Hamzan yang mendakwa sebagai rakan karib kedua-dua tertuduh tidak memaklumkan polis mengenai soal barbeku di rumahnya meskipun menyedari tuduhan terhadap mereka menerusi akhbar.
“Saya mendapati keterangan dia (Hamzan) tidak meyakinkan dan tidak boleh dipercayai,” kata beliau.
Pada 30 Julai lalu, Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham diarah membela diri berhubung tuduhan membakar gereja Metro Tabernacle.

Bagaimanapun tertuduh ketiga Azuwan Shah Ahmad dibebaskan kerana tidak cukup bukti.
Ketika prosiding, Mahkamah Sesyen diberitahu kebakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati disebabkan perbuatan yang disengajakan dengan menggunakan petrol.
Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Januari lepas.
Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Dalam keterangan 10 Ogos lalu, Raja Mohamad Faizal memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia dan adiknya telah pergi ke tempat itu pada malam kejadian selepas mendengar desas-desus ada gereja akan dibakar.
Raja Mohamad Faizal berkata mereka pergi ke sana semata-mata untuk mengetahui gereja mana yang akan menjadi sasaran.
Raja Mohamad Faizal berkata mereka pergi ke tempat kejadian hanya untuk melihat apa yang berlaku dan dia juga tidak tahu siapa dalang di sebalik kejadian itu.
Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, suasana agak kecoh dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali dilihat sedang memecahkan cermin tingkap gereja itu menggunakan kayu besbol sebelum kebakaran berlaku.
Sementara itu, Raja Mohamad Idzham, dalam keterangannya berkata sebelum itu, dia dan abangnya menghadiri jamuan barbeku di rumah seorang kawannya yang bertukar mengajar ke sekolah baru.
Raja Mohamad Idzham berkata dia ditahan polis ketika melawat abangnya yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas cedera pada malam gereja itu dibakar.TMI

1 ulasan:

Awanama berkata...

Tak pasai je beraya di penjara. Mana dia orang yang nak berjuang sehidup semati.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....