Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 Julai 2010

Polis Serbu Ibu Pejabat PKR

Pegawai-pegawai polis di luar ibupejabat PKR pagi tadi. - Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 21 Julai — Selepas ditangguhkan lebih seminggu polis menyerbu ibu pejabat PKR di sini pagi ini berhubung tulisan blog seorang ahli Majlis Pimpinan Pusatnya Badrul Hisham Shaharin.Polis sepatutnya berbuat demikian pada 12 Julai lalu tetapi ditangguhkan.
Beberapa pegawai PKR yang dihubungi berkata, polis memasuki ibu pejabat PKR kira-kira 11 pagi dengan alasan mahu memeriksa dan merampas komputer di premis yang dikatakan digunakan oleh Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”.
“Mereka kata mahu memeriksa komputer. Mereka mempunyai waran tetapi kami memberitahu bahawa Chegubard (Badrul) tiada di sini dan mereka boleh menyoal siasat bila beliau datang nanti,” katanya.
“Kira-kira 10 hingga 15 anggota polis datang dan mereka bersetuju untuk balik dan menunggu sehingga Chegubard datang,” kata Ikmal Ahmad, pembantu peribadi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah berkata, mereka terkejut dengan tindakan polis yang mahu menggeledah pejabat dan menyoal Badrul berhubung tulisan blognya.
“Beliau sudah pun memberikan kenyataan. Beliau tidak pernah menafikan,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.
“Ia satu tidak tidak wajar,” kata beliau.
Pada 12 Julai lalu, Badrul Hisham mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan hasrat untuk memeriksa ruang kerjanya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pada saat-saat akhir petang hari tersebut.
Beliau berkata sebelum ini polis bersungguh untuk memeriksa komputer yang digunakan untuk membuat kerja-kerjanya di ibu pejabat PKR kerana memberitahu polis bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi.
Beliau berkata polis ada memaklumkan bahawa sudah hampir sampai ke lokasi tetapi terpaksa bergegas pulang kerana mempunnyai tugasan lain yang lebih penting.
“Jadi mereka pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan di ibu pejabat PKR,” kata beliau ketika itu.
Beliau berkata masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.
Tiga hari sebelum itu, Badrul ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau.
Difahamkan bahawa rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh sebelum ini pihaknya menahan Badrul Hisham kerana mahu merakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.
“Kita menahannya lebih dua jam dan dia beri kerjasama yang baik. Kita cuma mahu rakam kenyataanya, kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja.
“Sebelum ini ada pihak yang membuat laporan polis mengenai penulisan dalam blognya itu,” katanya.Kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....