Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Julai 2010

Kelakar ! Bandaraya,Tapi Penduduk Tanpa Elektrik


Terfikirkah anda jika disebut sebuah Bandar raya tetapi wujud penduduknya hidup tanpa bekalan elektrik sejak belum merdeka hingga kini. Sampai sekarang di alaf millenium tahun 2010 ini. Tetapi itulah yang berlaku kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang di dinaik taraf kepada sebuah Majlis Bandaraya dengan tema “Bandar Raya Warisan Pesisir Air“ (lebih dikenali dengan nama manjanya.. “Buasir”)

Sebuah kampung dalam tindakan majlis bandaraya Kuala Terengganu yang bernama Kampung Mak Jintan dalam Dun Tepuh masih lagi tidak mempunyai bekalan elektik sedangkan ianya hanya jarak lebih kurang 3km dari perkampungan bersebelahan yang telah mempunyai bekalan elektrik. Amat malang penduduk masih lagi menggunakan pelita, lampu gasoline dan ada juga yang menggunakan generator.

Kelakar rasanya. Nama bandaraya tetapi tiada elektrik. Tahun bila ni? Macam zaman Jepun. Tapi itulah realitinya UMNO-BN yang memerintah. Dengan duit royalti yang banyak tetapi dihabiskan kepada tempat tak berfaedah kepada rakyat. Tengok pada slogan bukan main. Terbaru Kerajaan Terengganu pimpinan Mat Said dengan motto “ Merakyatkan Pembangunan”. Nak buat pembangunan macamana kalau elektrik pun tarak. Porahhh!.


Layak dipanggil Bandaraya ke?

Apa kriteria untuk mendapat taraf bandaraya? Untuk mendapat taraf bandaraya, bandar tersebut perlu merupakan sebuah pusat pentadbiran negeri, jumlah penduduk lebih daripada 300,000 orang, mempunyai pembangunan yang pesat, pusat perniagaan dan perindustrian, mempunyai institusi kewangan yang kukuh, pusat pengajian tinggi yang lengkap, mempunyai ciri-ciri istimewa sejarah yang panjang, pusat aktiviti kebudayaan dan pendapatan tidak kurang daripada RM80 juta.

Kuala Terengganu tidak menepati ciri-ciri tersebut tetapi demi memenuhi nafsu besar pemimpin UMNO Terengganu lalu diusahakan untuk dibuat pengistiharan nama bandaraya. Kuala Terengganu telah dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya berkuatkuasa 1hb Januari 2008. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan ke-12 yang bertaraf bandar raya selepas Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri.
Meskipun tidak disenaraikan Kota Bharu Bandaraya Islam, tetapi hakikatnya Kota Bharu jauh meninggalkan Kuala Terengganu. Pergilah berkunjung kedua-dua Bandaraya tersebut. Nilailah sendiri.

Realitinya dengan penarafan sebagai Bandaraya ia telah mengakibatkan naiknya cukai pintu dan pelbagai bayaran serta cukai yang lebih membebankan rakyat tetapi dari segi perkhidmatan dan infra jauh dari hakikat sebenarnya. Boleh nama dan iklan sajelah. Orang panggil bandaraya kita pun bandaraya juga. Pendapatan tidak sampai 80Juta ke? Pusat perniagaan pun harapkan Maidin, pembangunan yang amat perlahan. Perindustrian ? industri keropok lekor? Pusat Pengajian sekejap KUSZA sekejap UDM sekejap UNISZA nanti entah apa ke nama pulak? Nanti tukar pula nama ke UMS (Universiti Mat Said) ? Sejak UMNO memerintah kembali Institusi kebanggaan ini menjadi bercelaru. Lulusannya kini tidak layak lagi menyambung pelajaran ke Timur Tengah sebagaimana sebelumnya. Kenapa? Dulu Kolej layak. Sekarang Universiti tak layak? lawak betul puak-puak ni.

Tetapi dah pemimpin UMNO nak menang sorak lalu bolehlah Bandaraya. Inilah dikatakan Pak Kaduk. Menang Sorak Kampung Tinggal Kerak. Letrik pun tarak. Macam tu punya keadaan pun, penduduk Kampung Mak Jintan tu masih lagi takut kepada UMNO. Meskipun pemimpin UMNO tidak mempedulikannya tetapi mareka takut ugutan UMNO-BN dan janji-janji hendak memasukkan elektrik setiap kali pilihanraya. Itupun alhamdulillah pimpinan Pas menghantar generator untuk keperluan mereka. Sampai bila rakyat perlu ditekan dan diperalatkan? Abis apa nak dikata?BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....