Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Julai 2010

Azmin bidas kerajaan negeri Selangor masih gagal amal bajet berhemah

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Azmin Ali. yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor bulan lalu, hari ini mempersoalkan kerajaan negeri kerana masih gagal mengamalkan urus tadbir kewangan berhemah.
Adun Bukit Antabangsa ini melahirkan rasa ‘kecewa’ kerana anggaran perbelanjaan kerajaan negeri meningkat hampir RM200 juta.
Dewan Undangan Negeri membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2010 yang memerlukan peruntukkan wang sejumlah RM117 juta dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung perbelanjaan tambahan perkhidmatan 2010.
“Ini adalah perbekalan tambahan kedua dalam tahun ini. Tambahan pertama telah diluluskan oleh Dewan dalam sesi bulan April lalu dengan peruntukkan tambahan sejumlah RM69 juta.
“Anggaran perbelanjaan 2010 telah membengkak dari RM1.3 bilion kepada RM1.49 bilion. Persoalannya adakah ini amalan urus tadbir kewangan yang berhemah?” kata beliau dalam ucapan perbahasannya di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Azmin (gambar) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor berkata, sebarang usaha untuk mendapatkan perbelanjaan tambahan wajar diasaskan kepada amalan urus tadbir yang baik dan tidak semata-mata kerana kita mampu berbelanja.
Dewan akan membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2010 yang memerlukan peruntukkan wang sejumlah RM117 juta dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung perbelanjaan tambahan perkhidmatan 2010.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dari Selangor berkata hujah yang diutarakan untuk mengabsahkan perbelanjaan tambahan kali ini adalah kerana kutipan hasil dan pendapatan negeri sudah melonjak ke paras RM1.5 bilion dan makanya boleh berbelanja lebih.
“... (tetapi) tidak cukup untuk melayakkan kita bergelar pengurus kewangan yang baik,” kata Azmin.
“Saya terpanggil untuk merenung ayat 46–48 Surah Yusuf yang memberi peringatan keras bahawa tujuh tahun yang makmur akan disusuli dengan tujuh tahun yang gersang.

“Dalam pembentangan Bajet 2009, kerajaan negeri menyasarkan pendapatan RM1.41 bilion. Adakah sasaran ini sudah berjaya dicapai?” kata beliau yang menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKR Selangor bulan lalu.
Sehubungan itu Azmin mahu mendapatkan jawapan daripada kerajaan mengenai trend simpanan kerajaan negeri.
“Apakah meningkat atau menguncup? Sekiranya pendapatan negeri bertambah, berapa peratuskah yang diperuntukkan untuk dimasukkan dalam simpanan?” katanya.
Azmin seterusnya memberitahu Dewan Undangan Negeri telah pun mengambil kira perbelanjaan am atau luar jangka sejumlah RM57 juta dalam Bajet 2010.
“Saya ingin tahu apakah kedudukan peruntukkan luar jangka ini setakat 30 Jun 2010?” katanya.
Bagaimanapun kata Azmin, sekiranya peruntukkan luar jangka ini diurus dengan berhemah dan tidak berlaku pembaziran, Dewan Undangan Negeri tidak perlu memohon peruntukkan perbelanjaan tambahan sehingga mencecah RM117 juta.
Ucapan Azmin juga berkata jemaah kerajaan negeri tidak boleh berterusan datang ke Dewan Undangan Negeri untuk memohon peruntukan perbekalan tambahan dalam setiap persidangan.
Dalam enam bulan pertama tahun ini Dewan Undangan Negeri diminta meluluskan perbekalan tambahan sebanyak RM186 juta.
“Saya bimbang sekiranya amalan ini diteruskan, negeri akan menanggung bajet defisit dan bukan lagi bajet berimbang,” kata Azmin.
Kata beliau, punca pupusnya peruntukkan luar jangka 2010 sebanyak RM57 juta ialah kerajaan negeri tidak merancang dan mengawal perbelanjaan.
“Amalan boros ini mesti dihentikan serta-merta. Perbelanjaan oleh STANDCO (Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah) perlu berhemah bagi mengurangkan penggunaan peruntukkan luar jangka Kerajaan Negeri dan merancang perbelanjaan untuk perkara-perkara yang telah dibajetkan.
“Pengalaman saya di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri memperlihatkan satu sistem yang cukup telus di mana kertas jemaah menteri oleh mana-mana Kementerian mestilah dikemukakan dua minggu sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri untuk membolehkan jabatan-jabatan penting memberikan ulasan termasuk Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan juga Jabatan Peguam Negara.
“Kertas sampingan tidak dilayan sama sekali. Kertas Jemaah Menteri yang dihantar lewat dan tiada ulasan dari jabatan-jabatan ini tidak akan dipertimbangkan oleh jemaah menteri. Ini adalah amalan urus tadbir yang baik dan perlu dipegang oleh kerajaan negeri khususnya ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.
Sehubungan itu kata Azmin berkata beliau ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri apakah Kertas Exco yang dibentangkan tanpa ulasan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbendaharaan Negeri, Bahagian Perjawatan boleh diterima dalam Mesyuarat Exco?” katanya.
Azmin juga menuntut penjelasan perbelanjaan luar jangka yang sudah pupus dalam tempoh suku tahun kedua.
“Saya difahamkan kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan yang melampau dalam majlis-majlis keraian sehingga mencecah angka hampir setengah juta ringgit bagi satu majlis perasmian.
“Inilah akibatnya apabila ulasan dari jabatan-jabatan tidak diperolehi terlebih dahulu sebelum kertas ini dibawa ke Mesyuarat Exco,” kata beliau sambil meminta agar amalan boros dan membazir seperti ini dihentikan segera untuk menjimatkan peruntukkan luar jangka kerajaan negeri.
Beliau juga meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar amalan hari ini lebih cenderung untuk melantik juruperunding majlis dan bukan lagi menggunakan perkhidmatan PBT dan Pejabat Daerah Dan Tanah untuk menjayakan majlis-majlis anjuran Kerajaan Negeri.
“Saya ingin mengetahui siapakah syarikat-syarikat swasta yang dilantik untuk menguruskan majlis-majlis kerajaan negeri dan berapakah jumlah yang dibayar kepada setiap syarikat?” kata Azmin.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azmin Ali ni dari parti mana? Nampaknya sudah senada dengan Khir Toyo.Kata tak minat nak jadi MB Selangor,rupa-rupanya ada udang sebalik mee.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....