Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Mei 2010

Bukan Islam Boleh Guna Lambang PAS Tanding Pilihanraya


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Calon-calon bukan Islam akan berpeluang bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang, usaha terbaru parti itu mengiktiraf sokongan masyarakat bukan Islam.
Peluang ini akan menjadi realiti dengan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS.
Dewan itu akan dilancarkan Sabtu ini oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam di Johor tetapi bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata berdasarkan tujuan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah untuk badan ini mencadangkan nama-nama bakal calon pilihan raya jika diminta oleh PAS pusat.
“Jika mereka diminta mencadangkan beberapa nama untuk dipertimbangkan dan dicalonkan, Dewan Himpunan Penyokong PAS ini boleh mengemukakan nama,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“PAS telah menjadi sebuah parti yang terbuka dalam konteks calon yang selama ini hanya diperuntukkan kepada calon beragama Islam sahaja... jadi ini satu kelainan yang ketara, dulu tiada,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata peruntukan ini tersedia ada dalam peraturan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata sayap baru itu ditubuhkan berikutan terdapat ramai penyokong bukan Islam terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain.
“Penyokong bukan Islam yang kini semakin ramai menyebabkan pihak pimpinan memutuskan untuk menubuhkan gagasan yang lebih besar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Ditanya sama ada anggota dewan itu akan dicalon pada pilihan raya, Salehuddin berkata:”Tidak ada masalah kaum bukan Islam bertanding atas tiket PAS malah sudah ada calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS sebelum ini”.
Majlis perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS itu akan diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 8.30 pagi Ahad ini.
Menyentuh mengenai kemenangan calon DAP Wong Ho Leng pada pilihan raya kecil Sibu semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, yang hadir pada sidang akhbar itu berkata rakyat sekarang sudah lebih terbuka mengenai idea negara Islam.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....