Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Mei 2010

PRK Sibu : Keputusan Undi Pos Lewat,SPR Salahkan DAP

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak tanggapan bahawa pihaknya sengaja melewatkan pengumuman status pengundian pos bagi memanipulasikan keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu malam agak memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, kelewatan lebih tiga jam dalam mengumumkan keputusan undi pos sebenarnya berpunca daripada sikap calon DAP dan ejen-ejennya ketika proses pengundian dikira.
Andaian itu tercetus selepas SPR yang awalnya menjangkakan keputusan akan diumumkan pukul 9 malalam tertangguh sehingga 11 malam ekoran kelewatan membawa keputusan undi pos ke dewan penjumlahan.
Malah tanggapan itu semakin kuat apabila majoriti awal sebanyak empat digit calon DAP merosot kepada tiga digit sebaik sahaja undi pos diumumkan.
Lazimnya undi pos akan memihak calon BN kecuali dalam kes-kes tertentu seperti ketika pilihan raya kecil Parlimen Telok Kemang pada 2001.

Jelas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pihaknya tiada niat langsung untuk memanipulasikan keputusan pilihan raya.
“Anda tahu saya kan, buat apa SPR hendak buat begitu... kami sebenarnya menjalankan pilihan raya dengan telus,” kata Abdul Aziz ketika dihubungi di Sibu awal pagi tadi ekoran dakwaan dan tanggapan bahawa suruhanjaya ini sengaja melewatkan pengumuman keputusan melibatkan undi pos.
“Saya sebenarnya, seperti biasa, masu keputusan undi pos diumumkan,” kata beliau merujuk kepada pengumuman saluran pertama melibatkan undi pos semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.
“Sebab itu, apabila keputusan undi pos tidak sampai, kami terpaksa menangguhkan pengumuman keputusan rasmi setiap saluran di dewan penjumlahan.
“Dan, apabila kami lewat mengumumkan keputusan saluran-saluran biasa (yang sudah sedia ada), mereka (DAP) mendakwa kami ada tujuan dan sengaja mahu melewatkan pengumuman keputusan... jadi kami pun serba salah. Maka kami mengumumkan keputusan yang ada sementara menunggu undi pos,” kata Abdul Aziz lagi.
Daripada sebanyak 2,827 undi pos calon BN memperoleh 2,323 undi, DAP pula 70 manakala calon Bebas hanya 36. Sebanyak 208 kertas undi pos ditolak manakala 190 lagi tidak dipulangkan.
Semalam undi pos dianggap saluran terakhir daripada 111 saluran kesemuanya di bahagian Parlimen Sibu.
Apabila 110 saluran diumumkan kira-kira 10.30 malam tadi, calon DAP telah menerima 18,775 undi, BN (16,124) dan Bebas (196) dengan majoriti sebanyak 2,651.
Keputusan rasmi diumumkan sekitar 11.10 malam dengan calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.
Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.
“Ini satu tuduhan liar, tidak berasas sama sekali,” kata Timbalan Pengerusi Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang sendiri terpaksa bergegas ke pusat pengiraan undi pos di bilik gerakan pegawai pengurus pilihan raya.
“Apabila saya dimaklumkan ada masalah saya terpaksa pergi ke pusat pengiraan undi di bilik gerakan pegawai pengurus pilihan raya,” katanya.
Wan Ahmad berkata, proses mengira undi pos bermula sebaik sahaja pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.
“Dalam lingkungan 5.10 petang, kami sudah mula kira,” katanya.
“Saya dimaklumkan calon dan ejen calon mahu meneliti setiap sampul surat undi pos dan mereka mempertikaikan terlalu banyak perkara sehingga ada yang mempersoalkan nombor siri, tandatangan dan sebagainya.
“Mereka meneliti setiap sampul surat, yang jumlahnya lebih 2,000 sampul surat... apabila mereka mempersoalkan perkara-perkara yang sepatutnya, ini mengambil masa yang terlalu lama untuk selesai kira undi,” katanya.
Undi pos akan dikembalikan dalam Borang 2.
Berdasarkan pengalaman lama, kata beliau, proses mengira undi pos akan selesai dalam tempoh dua jam.
“Bagaimanapun di sini (Sibu) yang berlarutan sampai 9 malam dan kemudian ejen calon enggan menandatangani Borang 15,” katanya.
Penerimaan Borang 15 diperlukan sebagai tanda menerima keputusan pengiraan undi.
“Kami memaklumkan mereka bahawa pengawai pengurus pilihan raya dan penolong mereka mempunyai hak untuk membawa keputusan ke pusat penjumlahan meskipun mereka (ejen calon) enggan menandatangani Borang 15.
“Kemudian ejen-ejen mereka enggan membenarkan pekerja pilihan raya meninggalkan pusat pengiraan undi pos ini untuk menuju ke pusat penjumlahan undi, mereka menghalang kami keluar pusat pengiraan undi.
“Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian... saya tidak pernah melihat keadaan macam ini,” katanya.
SPR memberitahu selain mendakwa akan berlaku penipuan ejen-ejen berkenaan mahukan pengiraan semula undi pos.
“SPR memaklumkan pengiraan undi tidak perlu dilakukan sebab perbezaan undi adalah agak jauh, terlalu besar” kata Wan Ahmad sambil menambah, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis untuk membolehkan keputusan dibawa ke pusat penjumlahan.
“Jadi saya hendak mengatakan kelewatan ini bukan kerana SPR... ini satu sangkaan buruk, orang-orang DAP yang menghalang SPR menjalankan tugas dengan lancar,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Aziz pula berkata pihaknya akan menjalankan kajian bagi mengelakkan perkara ini tidak berulang dalam pilihan raya akan datang.
“Kami akan melihat bagaimana boleh mengelakkan perkara ini daripada berulang,” katanya lagi.TMI

1 ulasan:

pak malau berkata...

Kadang-kadang kita pun naik geram bercampur marah tentang undi pos ni.Umum tahu undi pos ini adalah penyelamat kepada calun-calun BN.Apa perlunya undi pos? Negara bukan dzarurat? Anggota Pasukan Keselamatan tidak lagi memerangi penjahat komunis atau masuk hutan untuk operasi dan anggota polis boleh mengundi seperti rakyat biasa kerana waktu mengundi tu lama.Memang tak lojik untuk mengharapkan 100% pengundi membuang undi.DiHulu Selangor beribu pengundi tidak dapat membuang undi sebab SPR menukar tempat mengundi mereka.Jadi soal "memberi peluang kepada semua untuk mengundi" adalah satu dongengan SPR.Disyorkan pihak-pihak yang sekarang mengundfi cara pos,tak payahlah membuang undi - kalau terlalu sibuk dan penting "bertugas" tak payahlah mengundi.Kalau pun mengundi bukan mereka yang pangkah kertas undi dangulungan ini me4ngunfi dibawah pengawasan ketuqa-ketua mereka,tak ada kebebasan yang sebenar.Hapuskan undi pos.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....