Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 April 2010

SPRM Ambil Keterangan Menteri Kanan Bantu Siasat Bekas Setiausaha Politik

PUTRAJAYA, 1 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada pukul 3.30 petang dan berlangsung kira-kira dua jam.
“Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan. Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata seramai 10 pegawai penguatkuasa dari tiga agensi telah ditahan di Terengganu pada 30 Mac lepas atas tuduhan meminta wang perlindungan berjumlah antara RM500 dan RM5,000.
Katanya, kesemua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM3,000.
“Kesemua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu,” katanya. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya siasatan SPRM mempunyai bukti yang kukuh dan kuat, ini belum tentu lagi kes pendakwaan boleh dibawa ke mahkamah. Sebabnya SPRM hanya diberi kuasa menyiasat sahaja, manakala kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara sebagaimana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Betul tak para peguam sekalian?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....