Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 April 2010

Apa Pula Mahathir Nak Kata Dalam Kes Terengganu?



"Pemimpin UMNO hanya sibuk buncitkan perut diri, adik beradikImbang Penuh, anak, menantu dan bini..." Demikianlah dakwaan yang sering dilontarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional dalam ceramah politik.

Persepsi ini diperkukuhkan apabila masyarakat Malaysia dipaparkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia baru-baru ini.
(Gambar Kecil- Jannah@Zaleha Nik, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu bersama anak saudaranya, Suhaida Mohd Amran)

Antaranya, Mokhzani Mahathir, 48, anak kedua bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menduduki tempat ke-20, dengan nilai harta lebih daripada RM1 bilion. Nazir Razak dari CIMB pula, iaitu adik PM Najib Razak, berada di kedudukan ke-40 terkaya, dengan nilai harta RM345 juta, berdasarkan kajian satu majalah baru-baru ini.

Merdeka Review mengulas jawapan Mahathir mengenai persoalan tersebut, apabila diajukan kepada bekas PM itu, beliau menjawab, "Kalau dia (Mokhzani) tersenarai..., bukan (pun) waktu saya jadi Perdana Menteri.

Masa saya jadi Perdana Menteri, anak saya tak boleh buat business (berniaga) dengan kerajaan sama sekali. Tak boleh dapat scholarship (biasiswa). Anak saya tak dapat scholarship dari kerajaan. Mirzan saja yang dapat scholarship sebelum saya jadi Menteri Pelajaran. Yang lain semua scholarship saya tak bagi, masuk politik tak boleh, berniaga dengan kerajaan tak boleh."

Beliau menambah, "Tapi, Anwar, kawan-kawannya semua kaya. Saya tahu seorang kawannya ada 230 million ringgit, saya tak tahu dari mana datang."

Wartawan kemudian menyusul dengan soalan berbunyi, "Jadi, bagaimana Tun melihat adik Perdana Menteri sekarang juga tersenarai sebagai..."

Dengan lantas Mahathir (gambar kiri) mencelah, "Tapi Anwar tak tegur itu. Anwar tumpu kepada saya saja."
"Dia ada sebut adik-beradik, dan anak-anak (dikayakan)...," wartawan mendesak lagi.

Mahathir cuba mengelak daripada menjawab kepada soalan, "Dia (Anwar) pun sama juga. Kalau dia jadi Perdana Menteri, itulah. Bila dah jadi Timbalan Perdana Menteri, kawan-kawannya semua kaya. Dan dia duit banyak juga. Tak tahu duit dari mana."

Persoalannya, Mahathir perlu membawa bukti dakwaannya keatas Anwar dan rakan-rakannya itu, sekiranya Mahathir bercakap benar.

Di negeri Terengganu, terbukti benar dakwaan yang dilontarkan oleh Anwar, "Pemimpin UMNO hanya sibuk buncitkan perut diri, adik beradik, anak, menantu dan bini..."

Dalam kes terbaru, bangunan INOS-AKUATROPIK yang runtuh dibina oleh syarikat anak beranak, Pembinaan M.A.N Sdn Bhd.

Syarikat tersebut dimiliki oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu, Jannah@Zaleha b Nik.

Selain Jannah@Zaleha, adik beradik dan anak beranaknya dilantik menjadi Lembaga Pengarah syarikat yang mendapat perolehan kontrak kerajaan lebih RM135 juta sejak tahun 2000. (klik untuk lihat)

Mohamed@Mohd Amran b Nik adalah adik beradik kepada Jannah@Zaleha, manakala dua lagi Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah anak kepada Mohamed@Mohd Amran.

Dengan lain perkataan, Suhaida Mohd Amran dan Ahmad Shahril Mohd Amran adalah anak saudara kepada Jannah@Zaleha.

Sebuah lagi contoh syarikat anak beranak Umno yang ‘buncit’ dengan kekayaan hasil mendapat kontrak kerajaan adalah Jusoh Enterprise (JE), milik adik beradik bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Syarikat JE telah mendapat anugerah dari kontrak-kontrak kerajaan lebih dari RM230 juta sejak tahun 2000. (klik untuk lihat)

Dan banyak lagi, bahkan disetiap bahagian Umno di terengganu, ada sahaja orang-orang Umno yang buncit dengan kekayaan hasil kutipan cukai dari rakyat jelata.

Yang mana, sekiranya mereka bukan OKU (orang kuat Umno), mereka pasti tidak akan dapat kontrak-kontrak kerajaan bernilai ratusan juta ringgit itu!

Jadi……. Apa Mahathir nak kata pula ???.BO

2 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Jahanam negara dapat pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri jer...

Tanpa Nama berkata...

Masa Tun Mahathir jadi PM memang la dia tak bagi anaknya berniaga, tapi beri wang percuma saja(bail out). Kununnya untuk memenuhi kuota 30% untuk bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baharu

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....