Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 April 2010

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Menurut saksi, Aminulrasyid memecut dan melanggar beberapa lampu merah sebelum ditahan kereta peronda polis selepas kereta yang dipandunya telah tergesel sebuah kereta lain.
Musa berkata, beliau enggan membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku pada masa kejadian.
"Kejadian pukul 2 pagi dan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota saya takkan tahu sama ada pemandu itu dewasa atau bukan sebab keadaan gelap.
"Jika anda enggan berhenti dan terus meluru semasa polis mengarahkan supaya berhenti, maka kenderaan itu dianggap sebagai senjata sebab ia bahaya kepada nyawa pegawai penguat kuasa.
"Melarikan diri daripada polis menyebabkan syak dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang kita mesti memastikan kenapa individu ini melarikan diri daripada kami," tambahnya.Mstar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada beza ke? Mereka jaga ka, tak jaga ka sama saja, jenayah tetap menjadi-jadi.

Rumah aku dari zaman tak pasang gril dah pasang gril keliling rumah. Dah jadi macam penjara, bezanya di penjara pengawal yang memegang kunci, sementara kini kita ibarat banduan yang memiliki kunci penjara. Sebab apa, sebab polis jagalah ni?

Bagus sangatlah mereka menjaga keamanan negara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....