Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 April 2010

Dakwaan Kickdefella : Ulasan Pimpinan Pas Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan menafikan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bahawa parti itu terlibat dalam konspirasi perang gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan dakwaan Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)itu sebagai satu pembohongan yang terancang.
"Apa yang disebut itu sebagai satu dakyah yang jauh daripada kebenaran... ia tak betul sama sekali.
"Semua yang dicakapkannya tidak benar, saya pasti segala pembohongan yang dilakukanya telah dirancang untuk mencemarkan imej PAS," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.
Dalam pada itu Mohd Zaki berkata, beliau percaya Syed Azidi diupah oleh Umno untuk sengaja memburuk-burukkan PAS.
"Dia dibayar oleh Umno untuk burukkan kita (PAS), dia sengaja nak lemahkan kepimpinan PAS dengan isu-isu mengarut seperti ini," katanya.
Jelasnya, PAS tidak perlu menggunakan wang untuk melemahkan Umno dan BN seperti yang didakwa Syed Azidi kerana parti itu mempunyai strategi tersendiri seperti yang diamalkan selama ini.
"Sejak dari dulu lagi kita sentiasa berusaha untuk jatuhkan Umno dengan cara mendekati rakyat dan pelbagai aktiviti yang lebih menguntungkan rakyat... PAS tak perlu guna duit," katanya.
Ditanya sama ada PAS Kelantan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Azidi, beliau berkata: "Ini politik budak-budak, kami tak perlu nak layan."Mstar
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Nampaknya Kickdefella terus menyanyikan lagu yang sama cuma iramanya yang berbeza.Setelah kontrak beliau bersama PMBK di tamatkan beliau berterusan menyerang Pas Kelantan terutama TGNA.Beliau berusaha sedaya mungkin memburukkan kepimpinan TGNA di Kelantan dan agaknya beliau begitu kepingin melihat kejatuhan TGNA.Tapi cara beliau menampakkan lagi bahawa beliau seorang yang kecewa.Ya lah asyik asyik hentam kepimpinan TGNA,dedah itu ini kononnya.Sedangkan dulu bukan main lagi melangit puji TGNA segala yang TGNA adalah betul di mata beliau.Inilah insan haprak yang hipokrit dan penuh dengan kepura puraan.Insan yang mempunyai kepentingan diri dan penuh dengan nafsu kebendaan.
Jika segala dakwaan beliau ini benar,kenapa perkara tersebut tidak di dedahkan sejak dulu lagi.Kenapa sekarang dan tentunya beliau mempunyai agenda yang tersembunyi.Kenapa beliau sanggup bersekongkol dengan segala macam penyelewengan yang di lakukan oleh Pas Kelantan seperti yang beliau dakwa.Ini menunjukkan siapa sebenarnya Kick ini.Apakah dengan penamatan Kontrak PMBK itu sudah tidak ada lagi pintu rezeki untuk beliau hingga sanggup membalas dendam sedemikian rupa.Apa yang beliau cari !!!
Bagi ambo,tulisan beliau yang terbaru atau sebelum ini belum tentu kebenarannya.Jika beliau ikhlas dan jujur banyak penyelewengan yang berlaku dalam negara kenapa tak dedahkan.Apakah hanya TGNA dan Pas Kelantan yang rasuah sedangkan yang lainnya suci seperti kain putih.Tentunya beliau mempunyai agenda tertentu maklumlah baru kehilangan kerja katakan.Tepuk dada tanya selera...
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

2 ulasan:

sakariya berkata...

Salam tuan, sepatutnya dia cakap umnongok yang beri 4 juta suroh burokan kerajan PAS.....itu yang sebenarnya!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah satu cara orang yang tidak bermaruah mencari makan yang tidak halal serta tak mengaku kesalahan diri sendiri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....