Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 April 2010

Lagu “PAS hina Sultan” nyanyian Umno Sumbang


KUALA LUMPUR : Umno semakin terdesak untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat dan Sultan khususnya di Kedah sehingga terpaksa mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Sebelum ini Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah membangkitkan dua soalan dalam sidang DUN.

Mohd Nasir dalam sidang DUN bertanya sejauh manakan bidang kuasa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, soalan pertama yang diutarakan Nasir jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah.


Beliau berkata, Nasir telah membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom telah mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di Sungai Petani(SP) Inn pada 4 April lalu.

"Jadi jelas di sini beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah," kata Idris kepada erapakatan.

Selain itu Nasir bertanya setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

Bagi Idris, soalan kedua pula jelas menunjukan bahawa Nasir mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.

"Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka," jelas Idris.

Bagi beliau, tidak ada sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dalam soalan yang diajukan Adun Kubang Rotan itu dan Umno hanya memutar belitkan fakta sebenar akibat daripada kedangkalan mereka sendiri.


Siri Penderhakaan Umno

Idris dalam kenyataanya berkata banyak siri penderhakaan yang telah dilakukan Umno selama ini.

Beliau berkata, rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini apabila pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

Selain itu, pada tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

Umno juga turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

Selain itu, Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan. Datuk Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu juga telah mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

Pada 2008 juga Umno Terengganu telah mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Datuk Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula.

"Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai 'Binatang' diarak dalam demontrasi itu," kata Idris lagi.

Pada tahun yang sama juga Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Idris berkata, ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza kerana Umno tidak pernah serik memaki hamun Sultan sehingga ke hari ini.

Bagi Idris, rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.Erapakatan

1 ulasan:

merbok berkata...

semoga Allah panjangkan umur sultan kedah, semoga tuanku sihat sejahtera, berlaku adil, menjadi simbol agama yg baik serta melindungi rakyat kedah dr anasir yahudi dan semoga tuanku sultan kedah tidak lalai dengan kebendaan dunia serta tamakkan projek kerajaan negeri, kontrak balak dan yg seumpamanya dan akhir sekali semoga tuanku sultan kedah tak jadi macam sultan perak! amin.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....