Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 April 2010

Hulu Selangor:Tiga Ahli Parlimen Bebas Di Jangka Berkempen Untuk BN


HULU SELANGOR, 18 April — Tiga Ahli Parlimen Bebas termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dijangka akan muncul pada pentas yang sama untuk membantu Barisan Nasional (BN) hujung minggu ini.
Dua wakil rakyat Bebas itu ialah Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin.Ketiga-tiga mereka akan muncul pada pentas yang sama Jumaat ini.
Zahrain telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat Februari lalu manakala Zulkifli pula dipecat oleh parti itu bulan lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Zahrain dan Zulkifli akan berkempen di sini selepas pulang dari Washington.

Bagaimanapun berbanding kedua-dua wakil rakyat itu, Ibrahim telah mengadakan bilik gerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sejak beberapa hari lalu.
Dalam SMS dihantar, Ibrahim berkata beliau akan berkempen di Batang Kali di sini malam ini.
Beliau akan berada di sini sehingga Sabtu ini dan telah mengaturkan beberapa program bagi membantu calon BN.
“Datuk Ibrahim membantu kempen BN atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas bukannya sebagai Presiden Perkasa,” kata pegawai bilik gerakan Ahli Parlimen Pasir Mas ini.Ibrahim pernah membantu kempen BN pada pilihan raya kecil Manek Urai dan Bagan Pinang.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....