Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 4 Mac 2010

Krisis MCA : Soi Lek Letak Jawatan Timbalan Presiden MCA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.
Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata, tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.
Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.
Ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu Presiden Parti, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai tindakannya itu, Dr Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.
"Saya masih belum beritahu kepada presiden, akan tetapi borang peletakan jawatan masih ada pada saya kerana setiausaha agung tiada di pejabatnya," katanya.

Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.
"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.
"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," katanya.
Chua berkata, sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.
Mereka ialah Naib Presiden Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Gan Tian Loo, Dr Por Choo Chor, Datuk Seri Tan Chai Ho, Tee Siew Keong, Datuk Chong Itt Chiew dan Loh Seng Kok.
Dalam pada itu, Chua berkata, dengan 21 ahli CC meletakkan jawatan,pemilihan baru perlu dibuat dalam masa satu bulan mengikut fasa 41 perlembagaan parti.Mstar

1 ulasan:

Manjung Mari berkata...

Kita nak lancar kempen kutip dana utk PR.Caranya gini: Tiap bulan kita collect RM100 dpd setiap penyokong PR dan kita gabungkan duit tu dgn hasil kutipan Hari Jumaat dpd setiap negeri yg dibawah pemerintahan PR.Dana terkumpul tu kita agihkan samarata kpd setiap Wakil Rakyart PR utk kegunaan mereka.Kita percaya dgn adanya duit poket yg lumayan,Wakil Rakyat PR tak lagi terfikir nak lompat masuk UMNO.Kalau ada balance,duit tu kita sumbangkan kpd DSAI utk bantu beliau dlm kes fitnah liwatnya dgn Saiful.Bantulah dgn ikhlas demi menegakkan keAdilan di negara ini.Sila lawati blog saya utk membuat sumbangan anda.MM

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....