Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 15 Mac 2010

Kemewahan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam


Sebut sahaja negara Brunei Darusalam, mesti terlintas yang ia adalah sebuah negara yang kaya dengan limpahan minyak. Kekayaan Brunei Darussalam membolehkan mereka tersenarai antara negara paling kaya di dunia. Bila negara Brunei Drussalam kaya, semestinya individu yang mendapat “tempias” adalah Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah. Tetapi mengapa dia? Kenapa tidak orang lain? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan?
Saya sebenarnya tidak teruja pun dengan kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Inilah yang dinamakan tuah dan rezekinya. Sebabnya, negara Brunei Darussalam  mengamalkan konsep monarki mutlak. Inilah sebab musabab, Sultan Brunei boleh  jadi kaya-raya. Di bawah  konsep monarki mutlak, semua hasil bumi Brunei adalah kepunyaan Sultan.
Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Unit Petroleum  telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh pemegang konsesi.  Ada dua pemegang konsesi yang melaksanakan aktiviti ini, iaitu :
  1. Syarikat Minyak Brunei Shell (syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
  2. Royal Dutch Shell
Tetapi saya boleh katakan, rakyat Brunei beruntung  kerana mendapat  Sultan yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya. Betul tak orang Brunei? Respon sikit? Pernah dahulu, adik Sultan Brunei sendiri buat hal. Orang suruh tadbir negara dengan betul dan amanah, lain pula dibuatnya.
Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat dengan selambanya oleh abang kandungnya sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah kerana mengelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui. Inilah yang kita hendak. Salah tetap salah, walaupun adik sendiri yang buat “dajal”. Yang pentingnya kepentingan negara. Betul tak?
Satu lagi Sultan Brunei pun boleh tahan tegas dalam pemerintahannya. Ingat tak dahulu, negara  Brunei Darussalam pernah dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2006? Lepas itu, Sultan Brunei terus rombak kabinet akibat murka. Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing.
Okey……artikel kali ini adalah sambungan daripada koleksi kereta kerabat diraja sultan Brunei (Part-1). (Jauh terpusing saya tadi….nasib baik tak meleret dan terbabas tadi). Layan…..
Gambar-gambar Istana Nurul Iman Brunei Darussalam

Kereta Canggih Sultan Brunei – Ferrari 550 Spider
Kereta Ferrari ini dibuat khas dan ekslusif untuk Sultan Brunei
Kereta Mercedes-Benz S500


Kereta Land Rover Defender
Kereta mewah Maserati MC12
Kereta Chrysler 300C
Kereta Mercedes-Benz ML55 AMG
Kereta Mercedes Benz ML63 AMG
Kereta Mosler MT900 S
Kereta Canggih Vector M12
Jet Peribadi Sultan Brunei. Serba-serbi emas
Satu lagi Jet Peribadi Sultan Brunei

1 ulasan:

hatisuci berkata...

perghhhh.. hebat, hebat dan hebat, pemikiran sultan brunei..

kalau sultan di negeri2 semenanjung yang punya hasil minyak dan berjuang bersama MB mereka dalam menuntut royalti minyak mereka... aku rasa harus sultan negeri2 tersebut miliki jet peribadi yang mewah seperti sultan brunei...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....