Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 15 Mac 2010

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Di Bunuh Kejam

 Gambar Ehsan Erapakatan

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.
Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.
Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.

Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.
Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.
Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu
kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu.
Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.
Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.
Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu. Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....