Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 22 Januari 2010

Tok Guru Nik Aziz nafi wujud ‘cah keting’ dalam PAS

KOTA BARU, Jan 22 — Selepas seminggu heboh diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujud budaya “cah keting” dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media minggu lalu.
Sehubungan itu beliau menyelar penulis akhbar yang menyiarkan laporan Ahad lalu kononnya wujud budaya cantas-mencantas atau “cah keting” dalam parti itu.
Mursyidul Am PAS itu turut menggesa agar penulis berkenaan memohon maaf ekoran laporan berkenaan.
“Mu (penulis) kena minta maaf, kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu,” kata beliau merujuk kepada pemberita akhbar arus perdana terbabit sebelum memulakan kuliah mingguannya pagi ini.

Nik Aziz (gambar)selepas kuliah mingguannya minggu lalu membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap “cah keting”.
Laporan Utusan Malaysia terbitan 17 Jan lalu menyebut, Nik Aziz secara terbuka mengakui wujud budaya “cah keting” atau cantas mencantas dalam PAS ehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.
Bagaimanapun menurut laporan itu menyebut, beliau tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan “cah keting”.
“Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.
“Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat,” kata beliau.TMI

1 ulasan:

perakkome berkata...

salam tuan

budaya pilitik yang tak boleh nak dihapuskan

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....