Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Januari 2010

Rumah blogger Kickdefella ‘diserang’ dengan kapak



PETALING JAYA, Jan 11 — Blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz, yang sejak akhir tahun lalu dikatakan sering mengkritik kepimpinan dan campur tangan keluarga Menteri Besar Kelantan dalam pentadbiran parti dan kerajaan negeri, malam tadi dilemparkan dengan kapak besi.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira 10.50 malam tadi.
Ketika dihubungi Syed Azidi berkata, beberapa lelaki yang datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira telah melemparkan kapak besi ke arah kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diletakkan di ruang masuk ke rumahnya di Demit, Kota Baru.

“Mula-mula saya ingat ada kereta berlanggar. Apabila saya keluar dari rumah, saya nampak cermin bahagian belakang kereta saya pecah dan serpihan cermin bertaburan di lantai ruang masuk ke rumah,” katanya.
“Apabila saya keluar, kereta Proton yang beredar dari kawasan rumah saya membuat pusingan dan berhenti semula di hadapan rumah saya, sambil pemandunya menekan minyak seolah-olah mahu menakutkan saya... saya kemudian masuk ke dalam rumah dan mereka pun beredar,” katanya lagi.
Syed Azidi berkata kapak berukuran hampir 0.3 meter (12 inci) itu mengenai cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter jauhnya.
Laporan polis dibuat tengah malam tadi.
Beliau tidak menolak serangan itu ada kaitan dengan tulisan-tulisan di blognya sejak kebelakangan ini.
“Tengah hari tadi saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana ‘posting’ saya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.
“Saya sudah membuat laporan polis dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Syed Azidi dituduh sebagai antara individu yang menjadi punca kepada siri isu dihadapi oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
Ini termasuklah isu menyentuh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang awal bulan lalu diminta mengosongkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Syed Azidi dipecat oleh Ariffahmi sebagai pegawai perhubungan awam PMBK akhir tahun lalu.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukankah kuda kayu ini juga mengatakan polis korup ? tetapi kepada polis jugaklah kuda kayu ini membuat laporan...


begitulah adatnya kuda kayu yang menterbalikkan jalur gemilang sedang tunggang terbalik hidup nya disebabkan bangang tak sudah ...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....