Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Januari 2010

Rombakan Kepimpinan PR di Sabah dan Sarawak

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Beberapa komponen parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) di Sabah dan Sarawak telah melakukan rombakan kecil sebagai langkah awal parti itu untuk mendepani cabaran politik pada tahun ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya, menyaksikan anak tempatan di kedua-dua negeri itu diamanahkan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dengan Baru Bian di Sarawak dan Ahmad Thamrin Jaini di Sabah.
Ahmad ialah ahli PKR yang amat setia kepada parti selain berani berdepan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dalam pilihan raya umum tahun lalu. Ia adalah sesuatu yang sukar untuk ditembusi mana-mana pihak khasnya di Sabah yang sering dilihat sebagai kubu kuat Umno/BN. Manakala Baru Bian pula, adalah seorang peguam dan beliau terkenal sebagai pejuang Hak Tanah Adat (NCR) di Sarawak.

Turut dilantik sebagai Penasihat PKR Sarawak ialah mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Hafsah Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Dominique Ng Kim Ho, selain mantan Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Datuk Daniel Tajem. Snap adalah antara parti tertua di negeri itu.
DAP di Sabah juga turut diadakan rombakan kecil yang menyaksikan Adun dan Ahli Parlimen (MP) tunggal PR di negeri itu dilantik, masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Mereka ialah MP Kota Kinabalu, Dr. Hiew King Cheu yang diamanahkan sebagai Pengerusi DAP Sabah manakala Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Tze Phin sebagai timbalannya.
Berikut ialah struktur baru kepimpinan kedua-dua parti komponen PR itu.

Rombakan Kepimpinan Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak  
1.      Struktur Baru Kepimpinan PKR Sabah
Pengerusi : Ahmad Thamrin Hj. Jaini
Timbalan Pengerusi : Christina Liew
Naib Pengerusi : Datuk Kong Hong Ming, Datuk John Ghani dan Hj. Awang Tengah Amin
Setiausaha : Mursalim Tanjul
Timbalan Setiausaha : Razak Jamil, Adris Taripin dan Jeffry Yap
Bendahari : Dr. Roland Chia
Ketua Penerangan : Jonathan Yasin
Ketua AMK : Razak Jamil
Timbalan Ketua AMK : Pajuddin
Ketua Wanita : Hjh. Sarbinah Yusof
Timbalan Ketua Wanita : Evelyn Gobile
Pengarah Pilihanraya : Hj. Ramli Dua
Pengarah Strategi : Datuk Dr Hamzah Amir
Semua di atas juga menjawat biro politik PKR negeri kecuali timbalan masing-masing.

2.      Struktur Baru Kepimpinan PKR Sarawak
Penasihat
Datuk Hafsah Harun
Datuk Daniel Tajem
YB Dominique Ng Kim Ho

Pengerusi Negeri
Baru Bian

Timbalan Pengerusi
Wan Zainal Wan Sanusi

Naib Pengerusi
Dr Michael Teo Yu Kheng
Jimmy Donald
Granda Aing

Setiausaha
Abang Zulkifli Abang Engkeh

Timbalan Setiausaha
Piee Bin Ling

Bendahari
Wong Huan Yu

Ketua Penerangan
See Chee How

Timbalan Penerangan
Dr Ikwar Bakaruddin

Ketua AMK
Ahmadnazib Johari
Ketua Wanita
Puan Ibi Uding

Pengarah Pilihanraya
Nicholas Bawin Anggat

Pengarah Dasar
Augustine Liom
Pengarah Strategi
Dr Manshor Hossen

Timbalan Pengarah Strategi
Maxlian Gombex

3.      Struktur Baru Kepimpinan DAP Sabah
01. Pengerusi : Dr. Hiew King Cheu (MP Kota Kinabalu)
02. Timbalan Pengerusi : Jimmy Wong Tze Phin (Adun Sri Tanjung, Tawau)
03. Naib Pengerusi : Edward Ewol Mujie dan Anthony Teo
04. Setiausaha Agong : Joan Goh
05. Timbalan Setiausaha Agong : Simon Chok
06. Bendahari Kehormat : Fung Kong Win
07. Timbalan Bendahari Kehormat : Francis Chong
08. Setiausaha Kerja : Jeffrey Kumin
09. Penolong Setiausaha Kerja : Fung Thin Yein
10. Publisiti : Dr. Edwin Bosi
11. Timbalan Publisiti : John Lee Kim Seng
12. Pendidikan dan Politik : Chan Fong Hin
13. Jawatankuasa Keahlian : Peter Liew Fui Ken dan Christina Yong.

Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....