Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 19 November 2009

Ketua Pemuda Dan Wanita MCA Dipecat



Video Oleh: Pas Kemaman


KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA Rabu menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan pada 28 Nov ini kerana terdapat kecacatan dan ia melanggari perlembagaan parti, kata Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Ong berkata notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pihak kumpulan 16 anggota CC yang berpendirian untuk mengadakan EGM yang disokong Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga dipertikaikan.

"Dalam mesyuarat CC hari ini, terdapat 23 ahli jawatankuasa pusat menolak resolusi dan membantah untuk mengadakan EGM kerana mendapati terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti, manakala 10 ahli menyokong dan dua ahli berkecuali," kata Ong dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyurat CC yang berlangsung lebih tiga jam di sini Rabu.

Ini bermakna EGM tidak seharusnya diadakan, kata Ong yang menambah kata, surat rasmi dan logo parti juga disalahgunakan bagi mengedarkan notis pemberitahuan kepada para perwakilan pusat.

Ong mengumumkan pelantikan sembilan daripada 10 orang CC untuk menganggotai Majlis Presiden iaitu Datuk Lee Chee Leong, Senator Heng Seai Kie, Tan Cheng Liang, Datuk Ti Lian Ker, Datuk Loke Yuen Yow, Datuk Seri Tan Chai Ho, Gan Peng Sieu, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Wong Hock Aun.

Bendahari Agung MCA Tan Sri Tee Hock Seng akan mengetuai jawatankuasa khas untuk memperhalusi mekanisme dan kaedah pengagihan sumber dana parti kepada bahagian-bahagian di peringkat akar umbi.

Selain itu, Ong berkata cadangan sistem pemilihan parti sedia ada dirombak kepada kaedah pemilihan langsung yang melibatkan semua anggota turut dibincangkan.

"Model (pemilihan) UMNO dibawa dalam perbincangan. Terdapat beberapa pilihan kaedah yang akan dihalusi oleh satu jawatankuasa khas yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekretariat yang dianggotai oleh setiausaha agung dan biro perundangan parti," kata Ong.

Ong turut mengumumkan usaha masyarakat yang dikenali sebagai Perkhidmatan Bergerak Masyarakat Penyayang 1Malaysia diketuai oleh Tan Cheng Liang dan naib-presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sebagai penasihat.

"Ia merupakan satu khidmat bergerak yang berteraskan kepada keprihatinan kita terhadap masyarakat, ini dijangka akan melibatkan perkhidmatan seperti khidmat guaman, khidmat perubatan atau kesihatan dan khidmat saban hari yang melibatkan agensi kerajaan, dan akan menjejak kaki di seluruh negara," katanya.

Pada sidang media berasingan, Naib Presiden Liow berkata kemelut dalaman parti itu semakin kritikal dan EGM itu akan tetap diadakan.

"Kami ingin memberitahu para perwakilan di seluruh negara ini bahawa inilah masanya untuk melindungi demokrasi parti, maka saya menyeru para perwakilan untuk hadir EGM kedua ini demi amalan demokrasi diperkukuhkan semula dalam parti," tegas Liow.

Turut hadir sidang berita itu ialah Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa ahli CC termasuk Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung dan Datuk Wee Jeck Seng.

Mengenai pelucutan keanggotaan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita daripada Majlis Presiden, Liow menyifatkan ia sebagai operasi 'pancung' yang dilakukan Ong sejak mesyuarat CC pada 3 Nov lalu.

"Mesyuarat CC MCA hari ini melukakan hati kami, kami berasa sangat sedih. MCA kini sebuah keluarga yang bertelagah, MCA kini mengamalkan cantas dan hapuskan. Presiden tidak mahu Ketua Pemuda dan Wanita dalam Majlis Presiden, ini perkara serius.

"Ini dilihat suatu tindakan penamat, Presiden melantik orangnya tersendiri dan membuang mereka yang tidak bersetuju dengannya supaya beliau mempunyai kuasa mutlak dalam Majlis Presiden," katanya.

Liow berkata MCA mesti kembali kepada politik nilai dan menegakkan prinsip-prinsip asas demokratik dan menjadi pemangkin perubahan serta harapan rakyat.Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....