Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 12 November 2009

Kes Asri: Hasan Ali pertahan tindakan Jais




Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin awal bulan ini atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri berkata, tindakan Jais bukan sesuatu yang mencurigakan kerana mana-mana ulama yang ingin memberi ceramah perlu mendapatkan kebenaran dan tauliah Jais.

Kata beliau, pematuhan undang-undang sedemikian perlu untuk mengelakkan penyebaran ajaran sesat.“Adalah lebih baik bagi sesiapa yang ingin menyampaikan ceramah agama (di Selangor) memperoleh tauliah, tanpa mengira latar belakang pendidikan... dengan itu, kami tahu siapa mereka itu dan apa yang mereka ingin sampaikan," kata beliau kepada wartawan di sini hari ini.

Hasan menambah, tindakan itu bukan bertujuan menghalang mana-mana pihak daripada berceramah tetapi hanya mahu mengambil langkah berhati-hati.

Beliau menyatakan demikian beberapa jam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul tergempar yang menggesa agar penahanan Asri oleh Jais diketepikan.

Asri yang ditahan 1 November lalu dijangka didakwa Jumaat ini.

Usul tergempar itu dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib meminta agar DUN membahaskan penahanan Asri, tatacara Jais membuat penahanan dan keperluan seseorang ulama mendapatkan tauliah menyampaikan ceramah agama di negeri itu.

Saari yang berada di banglo ketika Asri ditahan di Hulu Kelang berkata, Asri telah dilayan seperti seorang "penjenayah berbahaya" sebelum dibebaskan dengan diikat jamin.

Beliau menegaskan, Asri yang merupakan ulama diiktiraf dengan memiliki ijazah Doktor Falsafah seharusnya dibebaskan tanpa syarat.

Isu penahanan Asri turut dikecam oleh Adun Bukit Antarabangsa dari Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Oleh itu, Hasan memberitahu, beliau menghargai pandangan Saari dan Azmin tetapi laporan yang diterima menunjukkan Asri enggan untuk mengikut arahan pegawai Jais dan polis terpaksa dipanggil untuk menahan beliau.

Jelas beliau, orang ramai sewajarnya berlaku adil kepada Jais dan polis yang hanya bertindak atas aduan penduduk tempatan. TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....