Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Demo ISA, Pimpinan Pakatan di siasat


ALOR GAJAH: Kerajaan sedang menyiasat sejauh mana penglibatan pemimpin pembangkang dalam penganjuran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Negeri (ISA) di Kuala Lumpur semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan dijalankan sama ada pemimpin pembangkang itu bertindak secara langsung atau sebagai dalang dalam penganjuran perhimpunan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat sini hari ini, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata siasatan itu berdasarkan prosedur biasa dan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undangundang jika mereka melanggarinya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman semalam bahawa pemimpin tertinggi pembangkang telah berucap di hadapan penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) di pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Katanya antara yang disiasat ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anggota Veteran DAP Lim Kit Siang. Hishammuddin juga berkata penyokong ISA, Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) tidak akan terkecuali daripada siasatan polis mengenai penglibatan mereka pada perhimpunan haram GMI.
Kira-kira 10,000 orang menyertai perhimpunan itu yang mendesak kerajaan memansuhkan ISA dan 589 telah ditahan untuk disiasat.
Hishammuddin berkata modus operandi kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram membantah ISA itu sama seperti mereka yang mengadakan demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Turut hadir pada perasmian mesyuarat perwakilan itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah. BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....