Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Oktober 2012

Najib Pengecut !!!

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.

Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.

Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.

Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.

Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.

“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.

Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.

Tok Guru Nik Aziz mahu isu royalti diselesai

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak persoalkan kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan Kerajaan Pusat Jumaat lalu, sebaliknya mahu tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri diselesaikan.

Beliau berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda.

Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi.

"Saya belum baca sepenuhnya, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya.

Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi ‘gula gula’ sekali gus merendahkan nilai rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz dipetik berkata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.

"Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT.

"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya.SH

Kenyataan Memalukan Dari Seorang Tim. Menteri


Berita bertarikh 13hb. September, 2012: "Pembinaan Hospital Bachok Kelantan  tetap akan diteruskan seperti yang DIRANCANG DUA TAHUN LALU..."

Namun disebabkan Barisan Nasional (BN) GAGAL DALAM PILIHANRAYA UMUM LALU, peruntukan terpaksa diserahkan kepada kawasan yang menang..."

Itulah jawapan Awang Adek,Tim. Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian Bachok apabila diajukan soalan berkaitan pembinaan Hospital Bachok.

Secara tidak langsung beliau mengaku Kelantan disisihkan hanya kerana BN kalah.Memalukan !!! Kerana beliau tewas di Parlimen Bachok peruntukan dipindahkan ke kawasan lain ~ Tinta Hijau DKB

Ahad, 30 September 2012

Reaksi Najib Bila Anwar Cabar Berdebat

SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).

“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).

“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.

“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.

“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.TVS

Perbuatan Khianat Di Himpunan Hijau Pengerang

JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari  sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.KD

Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ???

SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali( gambar ) menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.
“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita,” kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN ~ MiloSuam

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....