Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Oktober 2012

Najib Pengecut !!!

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.

Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.

Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.

Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.

Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.

“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.

Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.

Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.

Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.

“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.KD

Kesimpulannya Najib memang pengecut !!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asyik dgn debat aje... Bila nak buat kerja, bila nak apply kpd rakyat? Mcmna negara nak maju, asyik dgn bangkang, debat, ceramah sepanjang tahun.
Dengar kata dllm blod addin, banyak ahli parlimen BN lari lintang pukang bila nampak kelibat anwar.... Ha ha ha... Takut betul mereka dgn anwar. Mungkin mereka bertempiaran lari menyelamatkan maruah dan kehormatan masing2 ..... Barangkali.

Tanpa Nama berkata...

Betul3x..patutlah Jepun,Korea,US tak maju sebab pemimpin politik mereka selalu berdebat.Siap ada siaran langsung dlm TV lagi.Kih..kih..kih..bangang !!!!

Natantuya berkata...

Asyik dgn debat je...bila pulak Najibterima cabaran Anwar ? tak pernah derr..maknanya takde debat.Najib memang pengecut,takde telur bersembunyi bawah ketiak Rosmah...

Natantuya berkata...

Asyik dgn debat je...bila pulak Najibterima cabaran Anwar ? tak pernah derr..maknanya takde debat.Najib memang pengecut,takde telur bersembunyi bawah ketiak Rosmah...

new hope berkata...

salam,

semua negara maju membudayakan debat ( ̄^ ̄)

KILK untung banyak bayar gaji ciput

Tanpa Nama berkata...

Asyik nak ikut negara maju je, bila nak ikut negara islam? Yang dok sebut nak negara islam tu terlepas kemana?

Tanpa Nama berkata...

Nak debat apa dgn anwar? Contoh.... Kalau perompak ajak polis berdebat, ada ke polis nak layan? Satu tak setaraf, kedua tak berfaedah, ketiga.... Ini akan melekakan polis dari menangkap perompak tersebut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....