Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 April 2010

Krisis Istana Kelantan,Ulasan Tengku Razaleigh

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menganggap isu yang berlaku dalam Istana Kelantan sekarang sebagai suatu konflik dan beryakinan ia akan berakhir juga.
Katanya masalah itu boleh diselesaikan apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pulih sepenuhnya daripada kegeringan dan mampu memerintah semula.
"Ia bukan suatu konflik dalam istana...Jika ada konflik bermakna ada perkara-perkara baru timbul, terserah kepada Tuankulah untuk perbetulkan. Tunggulah dia sihat dulu," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai isu Istana Kelantan itu.

"Kami Akan Buktikan Beng Hock Dibunuh"-Gobind Singh Deo

KUBU BAHARU 11 Apr - Gobind Singh De0, peguambela keluarga Teoh Beng Hock yakin bukti bahawa pembantu politik itu dibunuh dan bukan mati akbikat terjatuh daripada bangunan akan terserlah akhirnya walaupun pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand dihalang memberi keterangan oleh kerajaan Malaysia.
Malah beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Pornthip bahawa pakar bedah itu menerima tekanan dari kerajaan Malaysia memandangkan pelbagai ugutan yang diterima beliau sebelum ini.
Dalam satu emel kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Puchong itu berkata pihaknya akan berusaha melepasi halangi terbaru ini melalui pndekatan alternatif.
"Saya merujuk laporan Malaysiakini hari ini yang menyatakan Dr Pornthip tidak akan menghadiri inkues tersebut pada 20 April 2010. Ini tidak menghairankan berdasarkan kepada perkembangan kes.
"Kami telah menjalani inkues yang panjang dan berharap keputusan akan diperolehi seawal yang mungkin. Ini bukan pertama kali beliau mendakwa digangggu ketika dipanggil dalam inkues Teoh Beng Hock.
"Kami berharap agar Dr Pornthip dapat hadir ke mahkamah. Jika tidak, kami akan mencari jalan alternatif supaya beliau dapat mengemukakan bukti-bukti beliau.

Kawasan markas BN sudah dilimpahi air


HULU SELANGOR, 11 April: Apa sudah jadi dengan kawasan markas dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa, Rawang yang mula dilimpahi air.

Belum pun dibuka secara rasmi dan hanya menunggu masa untuk menjadi markas bagi ‘memperbodohkan’ para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor, hujan yang tidaklah selebat mana pun malam semalam telah menjadikan kawasan binaan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu ditenggelami air.

Markas di atas tanah tinggi di depan masjid baru Bukit Sentosa itu tentunya akan menjadi markas untuk para pemimpin BN berkumpul, bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk terus menipu rakyat dengan slogan-slogan hipokrit dan adu domba.

Dalam sehari dua ini juga akan dapat menyaksikan kawasan Bukit Sentosa dipenuhi pemimpin yang datang dengan kereta besar, gah dan mewah menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April sehingga pembuangan undi pada 25 April ini.Hrkh

Faktor Bangsa Bukan Kriteria Memilih Calon PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR tidak meletakkan faktor bangsa sebagai kriteria penting dalam memilih calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang "terbaik" yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan penduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.
"Tidak perlu mempolitikkan isu itu (bangsa) apabila memilih calon yang terbaik bagi pilihan raya itu. Ini perkara politik.
Isu (bangsa) jangan dilihat sebagai satu "sandiwara politik pilihan raya". Kita dalam PKR tidak melihat dari aspek itu (bangsa) tetapi sebaliknya untuk calon yang layak yang boleh memenangi hati dan minda pengundi di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat peringkat Selangor dekat sini hari ini.

PAS harus keluar PR jika rasa rugi-Khalid Samad


KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.
Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.
Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan khianat.”
“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.
“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.
Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”
“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.
Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.

Umno-BN Akan Tutup Isu Zionis Dalam PDRM

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa sekarang Menteri Dalam Negeri mahu menyiasat dakwaan Ketua Umum KEADILAN berhubung pembabitan anasir Zionis Yahudi di dalam projek IT dalam Polis DiRaja Malaysia walhal isu itu telah didedahkan dalam media internet lebih dua tahun lalu.
Justeru itu beliau tidak yakin empat badan bebas yang akan dilantik Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini akan benar-benar bebas kerana akhirnya Umno-Barisan Nasional akan menutup kebenaran daripada diketahui rakyat.
"Mengapa mahu siasat setelah dua tahun isu ini diketahui masyarakat umum. Saya percaya badan yang menyiasat tidak akan bebas kerana akhirnya Umno-BN akan menutup kes ini seperti mana juga kes-kes lain sebelum ini.
"Kalau benar-benar mahu menyiasat tubuhkan Suruhanjaya DiRaja sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Umum dan Pakatan Rakyat," kata Dr Wan Azizah kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....