Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 April 2010

Faktor Bangsa Bukan Kriteria Memilih Calon PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR tidak meletakkan faktor bangsa sebagai kriteria penting dalam memilih calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang "terbaik" yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan penduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.
"Tidak perlu mempolitikkan isu itu (bangsa) apabila memilih calon yang terbaik bagi pilihan raya itu. Ini perkara politik.
Isu (bangsa) jangan dilihat sebagai satu "sandiwara politik pilihan raya". Kita dalam PKR tidak melihat dari aspek itu (bangsa) tetapi sebaliknya untuk calon yang layak yang boleh memenangi hati dan minda pengundi di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat peringkat Selangor dekat sini hari ini.

Khalid diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mencabar PKR untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding pada pilihan raya itu sebagai usaha memberikan keadilan kepada semua bangsa di kawasan pilihan raya tersebut.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Hari penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada Sabtu ini.
Khalid berkata pemimpin Pakatan Pembangkang akan bermesyuarat dalam masa dua hari akan datang untuk memutuskan calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau berkata pemimpin Pakatan Pembangkang dijangka mengumumkan calon itu pada malam Selasa.
Mengenai Program Tuisyen Rakyat, katanya kerajaan negeri membelanjakan RM3.4 juta setiap tahun untuk tujuan itu bagi 5,600 murid di Selangor. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....