Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Januari 2010

Khalid Samad Lelaki Ke-2 terhangat sepanjang 2009 - Google.com


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad diletakkan di tangga ke-2 sebagai lelaki paling hangat yang telah mencetuskan berita, polemik kontroversi sekali gus menjadi bahan berita sensasi, demikian menurut laman sesawang Google.com sepanjang 2009.
Pimpinan PAS Selangor itu turut mengatasi dua menteri kanan dari Barisan Nasional iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat yang masing-masing berada di tangga ke-3 dan ke-4.

Lagi Kejadian Bumbung Runtuh Di Terengganu, 10 Kereta Rosak


Mohd. Faudzi Muhamad melihat sebahagian daripada kereta yang mengalami kerosakan dihempap bumbung garaj kereta yang runtuh di Q-Bena Resources Sdn Bhd di kawasan perindustrian Chendering di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Boleh dikatakan Terengganu sinonim dengan kejadian bumbung runtuh selepas Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM280 juta runtuh di Gong Badak dekat sini pada 2 Jun tahun lalu.
Kemudian pada 21 Disember pula penghadang cahaya sebuah stesen bas di daerah Hulu Terengganu yang dalam pembinaan yang runtuh mengakibatkan tiga pekerja Bangladesh cedera.
Kali ini kejadian bumbung runtuh berulang mengakibatkan 10 buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut hari ini.

Rakyat Kelantan perlu setia pada Pemangku Sultan:Tok Guru Nik Aziz



 



KOTA BARU, Jan 13 – Kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris Petra telah bertindak dengan baik dalam melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dalam menjalankan segala kuasa sebagai Pemangku Sultan Kelantan.
Justeru, kerajaan negeri sentiasa patuh dan taat dalam menjalankan segala perkara yang dititahkan Pemangku Sultan Kelantan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan perkara itu pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Gambar-Gambar Eksklusif Gempa Bumi Di Haiti


Tutup panggilan: Survivors menghitung berkat-berkat mereka setelah gempa
Haiti warga bekerja dengan cepat untuk membawa orang yang terluka dari reruntuhan setelah gempa bumi besar paling tidak berukuran 7,3 Skala Richter menghantam Karibia miskin bangsagempa bumi berkekuatan besar 7,0 Skala Richter
Gempa bumi menyebabkan kerusakan yang luas termasuk runtuhnya jalan utama
Haiti panik melarikan diri sebagai merobohkan bangunan di sekitar mereka
Sebuah rumah mulai runtuh dalam gempa yang juga menghancurkan gedung-gedung pemerintah di ibukotaSebuah rumah runtuh dalam gempa yang juga menghancurkan gedung-gedung pemerintahan di ibukota Haiti.

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Musnahkan Ibu Negara Haiti(Video Disertakan)





PORT-AU-PRINCE (Haiti): Satu gempa bumi berukuran 7 skala richter telah melanda kepulauan Carribean ini lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan.

Gegaran tersebut tersangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.

Menurut laporan yang dipetik daripada Jabatan Ukur dan Geologikal Amerika Syarikat, gegaran itu berpusat 10 batu daripada bandar ini.

Ia diikuti oleh beberapa lagi gegaran susulan berukuran skala richter 5.9.

Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.

Sementara itu agensi berita Reuters menayangkan video yang menunjukkan mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan termasuklah istana presiden yang ranap.

Bagaimanapun, Presiden René Garcia Préval dilaporkan terselamat.

Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden pemberontakan meletus pada tahun 2004.Mstar

Kuil Sikh pula dilempar batu


KUALA LUMPUR, Jan 13 — Selepas gereja dan sebuah surau di Klang dipercayai menjadi sasaran serangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sebuah Kuil Sikh (gambar) di Sentul di sini pula dilempar dengan batu petang semalam.
Dalam kejadian itu yang terjadi kira-kira pukul 6.45 petang, kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh di sini didapati pecah akibat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....