Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Januari 2010

Rakyat Kelantan perlu setia pada Pemangku Sultan:Tok Guru Nik Aziz



 



KOTA BARU, Jan 13 – Kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris Petra telah bertindak dengan baik dalam melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dalam menjalankan segala kuasa sebagai Pemangku Sultan Kelantan.
Justeru, kerajaan negeri sentiasa patuh dan taat dalam menjalankan segala perkara yang dititahkan Pemangku Sultan Kelantan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan perkara itu pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

“Kerajaan negeri Kelantan adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat mengikut saluran undang-undang, iaitu melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
“Selaras dengan tata urus dan pentadbiran kerajaan negeri yang dijalankan berlandaskan undang-undang, terutamanaya Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, maka kerajaan negeri sentiasa mematuhi serta menjalankan segala perkara yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia pada sepanjang masa.
“Ini termasuklah juga segala titah dan arahan Pemangku Raja selaras dengan peruntukan perkara 4 fasal 1,” katanya.
Menurut Nik Aziz, bahawa mematuhi dan mentaati titah dan arahan Pemangku Raja bermakna mematuhi dan mentaati titah dan arahan Pemangku Sultan Kelantan.
Kenyataan Menteri Besar itu difahamkan sebagai respons kepada beberapa kenyataan berhubung isu semasa yang turut melibatkan pihak istana sebagaimana didakwa telah mengelirukan banyak pihak.
Selain itu konflik istana yang dikatakan semakin tegang membabitkan Pemangku Raja dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry dalam isu pengguguran keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri.
Tengku Muhammad Fakhry digugurkan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri oleh Pemangku Raja dan isu tersebut menjadi semakin hangat apabila Tengku Muhammad Fakhry membawa kes tersebut ke dalam prosiding mahkamah.
Baru-baru ini Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad membuat kenyataan bahawa Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai autoriti, dipercayai kuasa untuk membuat kenyataan media menyentuh urusan istana, bahkan difahamkan termasuk urusan kerajaan negeri.
Bagaimanapun Abdul Halim tidak menyebut dengan secara specifik bentuk kenyataan dimaksudkan.
Pada masa sama Nik Aziz menyeru semua pihak termasuk para pegawai kerajaan, pimpinan masyarakat serta seluruh rakyat Kelantan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi lepada Pemangku Raja demi kesejahteraan, keamanan dan kebajikan semua.
“Dan kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi semoga Sultan akan bertambah sihat dari kegeringan,” ujarnya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....