Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Januari 2010

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Musnahkan Ibu Negara Haiti(Video Disertakan)





PORT-AU-PRINCE (Haiti): Satu gempa bumi berukuran 7 skala richter telah melanda kepulauan Carribean ini lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan.

Gegaran tersebut tersangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.

Menurut laporan yang dipetik daripada Jabatan Ukur dan Geologikal Amerika Syarikat, gegaran itu berpusat 10 batu daripada bandar ini.

Ia diikuti oleh beberapa lagi gegaran susulan berukuran skala richter 5.9.

Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.

Sementara itu agensi berita Reuters menayangkan video yang menunjukkan mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan termasuklah istana presiden yang ranap.

Bagaimanapun, Presiden René Garcia Préval dilaporkan terselamat.

Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden pemberontakan meletus pada tahun 2004.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....