Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 10 Ogos 2014
Terkini : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pemecatan TS Khalid
Gambar fail
KOTA BAHARU: Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada
kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.
Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.
"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Sabtu, 9 Ogos 2014
Terkini : Ulasan TS Khalid Selepas Dipecat Dari PKR
Untuk besarkan KLIK IMEJ
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan keahliannya dari PKR seperti yang diumumkan sebentar tadi.
“Saya terima keputusan oleh PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
“Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, PKR sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadap saya.
“PKR telah gagal menjelaskan secara khusus artikel mana dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.
Petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.
Sementara itu, Abdul Khalid menambah, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaharu ini dan untuk mendengar pandangan baginda.
“Sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini,” katanya lagi.SH

PKR Pecat TS Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
PKR hari
ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti
agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk
menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada
masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Majlis
Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu
itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan
tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP
daripada membincangkan kedudukannya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak
itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya
sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan
dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti.
Pemecatannya
bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen.DAP
dijadualkan bermesyuarat esok sementara PAS dijangka mengadakan pertemuan pada
17 Ogos untuk membincangkan penyingkiran MB Selangor itu tetapi dengan
perkembangan terbaru, perjumpaan itu mungkin tidak lagi relevan.
Pengerusi
Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan MPP
yang sepakat bersetuju pada 21 Julai melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
"Beliau
buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini
beliau masih belum meletak jawatan," Dr Tan memberitahu sidang akhbar hari
ini."Atas
alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.
Dr Tan
berkata meskipun parti sudah mengumumkan pemecatan namun Khalid masih mempunyai
peluang untuk membuat rayuan."Dalam
PKR apabila seseorang itu dipecat mereka mempunyai tempoh rayuan 14 hari
daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu,"
katanya.
Sabtu, 19 Julai 2014
Video : Rakaman Terakhir Dari Penumpang Pesawat MH17 Sebelum Berlepas
Video terakhir yang dirakam oleh salah seorang penumpang MH17 (instagram.com/masa1777) sebelum berlepas dari Amsterdam.
MH17 : Kesilapan Tiket Selamatkan Nyawa Pasangan Ini
Barry (kiri) bersama isteri dan anaknya ketika ditemuramah oleh BBC News
di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, sebelum berlepas pulang ke
Kuala Lumpur, Khamis
Pasangan ini akhirnya selamat tiba di KLIA, petang Jumaat
SEPANG: Kesilapan kecil pada tiket rupa-rupanya
mempunyai hikmah dan mampu menyelamatkan nyawa serta kehidupan sepasang
suami isteri, bersama bayi perempuan mereka yang berusia tiga bulan.
Barry Rahman Sim, 44, dan Izwani Rahman, 31, merupakan pasangan
penumpang yang 'terselamat' daripada tragedi MH17 yang dilaporkan
ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine selepas dinafikan penerbangan
tersebut oleh MAS kerana masalah tiket dan tempat duduk.
Pasangan ini yang pada asalnya mahu menaiki MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tarikh 17 Julai akhirnya ditukarkan ke penerbangan ganti KLM ke destinasi sama.
Pasangan ini yang pada asalnya mahu menaiki MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tarikh 17 Julai akhirnya ditukarkan ke penerbangan ganti KLM ke destinasi sama.
Mereka sebak mengimbas kembali saat-saat apabila mereka tetap mendesak
kakitangan kaunter tiket yang melakukan kesilapan memasukkan butir-butir
di tiket mereka agar mencuba sedaya upaya bagi membolehkan mereka
pulang ke Kuala Lumpur menaiki MH17.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009