Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Ogos 2014

Gambar : Forum Bincang Isu TS Khalid Kecoh





 Foto Ameno World

Forum membincangkan krisis Selangor malam tadi yang pada mulanya berlangsung dengan aman, terganggu selepas berlaku kekecohan akibat pertembungan pendapat membabitkan dua kumpulan penyokong PKR mengenai isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kekecohan tercetus selepas Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip bertindak mengajukan soalan kepada ahli panel untuk menjelaskan laporan penyelewengan menteri besar Selangor penggal kedua itu.

Rozan yang mendakwa Khalid mengabaikan rakyat dalam soalannya itu menimbulkan kemarahan apabila berlakunya cabar-mencabar daripada penonton yang rata-ratanya merupakan ahli Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb).

"Kalau benar Khalid menjaga kebajikan rakyat, bagaimana pula dengan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila menteri besar ini langsung mengabaikan keperluan mereka sehingga ada pelajar yang terpaksa ‘maggie’?” soal Rozan kepada ahli panel forum sehingga menyebabkan anggota Pasmeb marah.

"Jadi bagaimana anda boleh jelaskan ini dan mengapa perjanjian penstrukturan air dilaksanakan juga meskipun pimpinan PKR meminta untuk menangguhkannya buat semen‎tara waktu?" soal Rozan pada program dihadiri lebih 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, kea‎daan akhirnya berjaya ditenangkan penganjur forum berkenaan meskipun pertelingkahan hampir tercetus.

Forum bertajuk 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan menampilkan ahli-ahli panel daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, seperti  Eksekutif Komunikasi Shazni Munir Mohd Ithnin, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar dan bekas pegawai komunikasi Nathaniel Tan.

Shazni menafikan surat tunjuk sebab PKR terhadap salah laku Khalid yang mendakwa Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Azman Bidin mengesahkan beberapa pertemuan bersama tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutang dengan Bank Islam.

"Azman sendiri mengakui tidak wujud pun tuduhan itu, jadi laporan itu tidak sah dan tidak berasas."Ini bermakna Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hanya membuat satu tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu," katanya.

Azrul yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya.Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA).

"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.

"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu.

Manakala Presiden Pasmeb Mazli Saring yang turut menjadi panel pada forum itu berkata punca konflik di Selangor bermula apabila Khalid mengumumkan simpanan rizab negeri itu.
"Ia terjadi akibat ketamakan, apabila Khalid umumkan peningkatan rizab negeri ini,‎ maka masing-masing mula memasang hasrat ingin mentadbir negara ini," katanya.

Semalam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan pemecatan Khalid dalam parti kerana keengganan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menerima keputusan itu dan akan memaklumkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatannya.TMI 



1 ulasan:

XUMNO berkata...

Dahlah bilangan kerusi dalam DUN Selangor paling kecil; cakap besar macam PKR menguasi semua kerusi DUN. Dengan keadaan sekarang; pecah dua pula!! Semuanya kerana nafsu serakah pemimpin2 PKR bila lihat duit simpanan yang dikumpulkan Khalid dah menggunung.DNA umno yang selama ini dormant dalam sel dan tisu pemimpin2 PKR jadi over-active bila dengar duit tu. Silap haribulan, RM4 bilion tu nanti disapu bersih oleh umno; melopong!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....