Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 27 April 2011

Tindakan Tegas Ke Atas Blogger Tayang Video Seks

SHAH ALAM 27 APRIL : Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan menteri berkaitan segara bertindak ke atas blogger yang menayangkan video seks dan mendakwa pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan tindakan tegas.

Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, walaupun laporan kepada SKMM telah dibuat pada 5 April lalu, namun sehingga ke hari ini masih terdapat blog-blog yang menayangkan video berkenaan.

" Terang-terang dalam komen mereka telah dilabel dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan imej Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rozan hari ini dipanggil semula ke Pejabat SKMM Cyberjaya bagi mewakili AMK untuk memberi keterangan lanjut berhubung aduan yang difailkan sebelum ini.

AMK sebelum ini menamakan dua blog mesra BN, www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya.

Sehingga pagi tadi, kedua-dua blog yang dinamakan masih menayangkan video berkenaan.

" Daripada aduan kami buat sehingga lah pagi tadi, pihak SKMM telah maklumkan bahawa semasa mereka melakukan siasatan didapati di blog-blog tertentu yang telah saya failkan aduan telah ditutup.

" Walau bagaimanapun, terbaru blog pisau.net telah ada semula ketika kali terkahir mereka melakukan siasatan. Saya juga telah menambah beberapa keterangan berdasarkan apa yang kami lihat dalam blog papagomo. Sehingga pagi blog-blog tersebut masih menyiarkan video yang tidak diketahui dari mana mereka peroleh,"tambah beliau.

Menurut Rozan, SKMM sudah pun membuka kertas siasatan dan mana-mana blogger yang didapati bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, jika sabit kesalahan, blogger terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

" Kita juga menggesa pihak-pihak tertentu seperti PDRM kalau boleh siasat, menahan blogger-blogger ini dari mana mereka mendapat sampel video ini kerana aduan kami juga mewakili masyarakat pengguna alam maya.

SKMM mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan keterangan Rozan.

AMK dalam aduannya sebelum ini mempersoalkan bagaimana video berkenaan yang sepatutnya hanya dimiliki oleh trio "Datuk T" dan PDRM lepas ke tangan blogger-blogger yang kemudiannya menayangkan video berkenaan di blog mereka.

Video hitam putih kurang dua minit itu dikatakan bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.TVS

Jangan Bimbang Untuk Sokong Pas

KEMAMAN - Anak-anak muda khususnya di negeri Terengganu tidak perlu bimbang dan ragu untuk menyokong perjuangan Islam kerana hiburan serta kesenian tidak ditolak mentah-mentah.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata hiburan dan kesenian dibenarkan dalam Islam selagi tidak menyeleweng.

Oleh itu, katanya tidak ada sebab anak-anak muda perlu merasa bimbang dan ragu-ragu menyokong perjuangan Islam.

Menurutnya, Islam membenarkan segala bentuk hiburan dan kesenian yang tidak bercanggah dengan agama.

“Kita (PAS) menerima hiburan dan kesenian yang sedia ada dan tidak menolak hiburan. Tetapi hiburan yang kita tolak adalah hiburan yang bercelaru, hiburan yang melalaikan hingga membawa kepada maksiat.

“Kita buat hiburan yang boleh memperteguh dan memperkuatkan parti kita (PAS) untuk ingat kepada Allah SWT, untuk kita pastikan bahawa kita penyambung perjuangan (Islam) ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konsert Keinsafan Malam Kesenian Islam bersama artis ‘Pak Long’ dan bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa di Dataran Surau Haji Muda Geliga, Kuala Kemaman pada 24 April lalu.

Menurutnya, kehadiran anak-anak muda yang ramai pada malam kesenian Islam tersebut sebagai petanda ke arah satu perubahan.

Katanya, hiburan yang disajikan oleh PAS adalah berkonsepkan berhibur sambil mendengar nasihat ‘amal ma’aruf nahi mungkar’.

“Ini (kesenian) bukti PAS tidak tolak hiburan. Hiburan adalah sebahagian dari makanan rohani (jiwa) yang boleh memberi ketenangan dan semangat menegakkan perjuangan Islam,” ujarnya.

Dipertengahan konsert tersebut turut diselit dengan tazkirah politik oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani dihadapan lebih 2000 hadirin anjuran MTD Chukai, Kemaman.BO

Politik Beri Kepuasan Tersendiri-Bob Lokman

SEREMBAN - Penulis lirik, Bob Lokman menganggap pembabitan dalam bidang politik menerusi Pas memberi kepuasan tersendiri kepada dirinya.

Bob berkata, kepuasan hasil perjuangan sebagai ahli politik tidak dapat diukur dengan ganjaran material

"Tidak dinafikan, politik dan seni mempunyai persamaan kerana kedua-duanya ada matlamat perjuangan tertentu.

"Namun, sejak menceburi bidang politik, saya yakin setiap kali keluar rumah saya buat perkara yang betul,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurutnya, cemuhan segelintir pihak terhadap keputusannya menyertai Pas tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Katanya, mereka mungkin berbuat demikian kerana rasa terancam dengan popularitinya lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda.

"Biarlah mereka kata saya `pak lawak’ dalam Pas. Biasalah, kalau tak kena dengan kehendak mereka, orang akan kata macam-macam.

"Yang penting, ramai anak muda menerima secara positif, malah menjemput saya mengadakan sesi perbincangan mengenai isu agama dan politik secara tertutup.” katanya.SH

Selasa, 26 April 2011

Judi : Utusan Bidas BN Dan Polis ??

KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk 'Pulau Pinang lubuk judi?' hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak nampak isu tersebut memberi imej buruk kepada kerajaan negeri itu yang diterajui DAP, memandangkan umum mengetahui bahawa kuasa meluluskan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno BN.

Begitu juga penguatkuasaan terhadap sebarang judi haram. Ia adalah bidang kuasa polis bukannya kuasa kerajaan negeri.

"Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan.

"Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di ibu negara hari ini.

Tambahnya, pihak kerajaan negeri juga tidak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kerana bidang kuasa tersebut hanya ada pada pihak polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pro-Umno itu semalam berhubung peningkatan kadar tangkapan sindiket judi di pulau pinang.

Guan Eng bagaimanapun menegaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan sebarang lesen untuk tujuan itu.

"Jadi saya tidak tahu, dia (Utusan) serang kerajaan DAP Pualu Pinang ke, atau kerajaan Persekutuan dan pihak polis," katanya.

Turun harga barang

Sementara itu, pada sidang media sama, beliau yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung harga barangan keperluan masih tinggi biarpun nilai ringgit meningkat.

Katanya, nilai ringgit yang kini pada RM2.99 untuk 1 USD adalah pada kadar tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

"Kesannya, barangan import kita jadi murah sebab nilai ringgit kita tinggi, namun untuk 6 bulan ini kita tidak lihat lagi harga barang diturunkan," katanya.

Sebelum ini ujarnya, kerajaan sering menggunakan perbandingan dengan Amerika untuk menaikkan sesuatu harga barang, namun dalam keadaan terbaru ini tiada pula perbandingan sama dibut untuk menurunkan harga barang tersebut.

"Kita bagi tempoh sebulan kepada kerajaan BN untuk bertindak menurunkan harga barang ini," katanya.Hrkh

Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar berbahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Tuan Guru Presiden Pas Terus Terima Sokongan Padu

SENAI - Pas Johor menyokong Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti itu, walaupun terdapat cadangan menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin baru.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, jawatan itu tidak perlu ditandingi dan menjadi pertikaian pihak tertentu kerana kepimpinan tarbiyah serta dakwah Abdul Hadi tidak boleh ditandingi mana-mana pihak.

Beliau berkata, Pas Johor akan sentiasa berdiri teguh di belakang Presidennya itu.

“Kita hormati walau ada kawasan-kawasan yang mencalonkan orang lain untuk menggantikan Presiden sedia ada kini, namun Pas Johor berpendapat kewibawaan dan kepimpinan Abdul Hadi masih diperlukan.

“Untuk menjadi pemimpin tidak semestinya ditentukan sebab sesuatu perkara itu menang atau kalah, ini sebab politik dan bukan sebab kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mahfodz berkata, beliau menghormati mana-mana kawasan yang mencalonkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Husam Musa namun berharap sebarang keputusan masih berpihak kepada pemimpin sedia ada.

“Saya menghargai sifat-sifat yang dimiliki Datuk Husam namun mengharapkan Abdul Hadi terus kekal sebagai Presiden kerana beliau masih diperlukan atas dasar ketokohan dan kepimpinan yang dimilikinya,” katanya.

Terdahulu terdapat pertikaian pemilihan jawatan tertinggi Pas bermula selepas beberapa kawasan mengadakan mesyuarat dan mencalonkan Husam sebagai Presiden baru.

Bagaimanapun, perkara itu ditegaskan Husam bahawa Pas perlu di segarkan dengan membawa elemen baru bagi memperkukuhkan parti dan bukannya menukar kepimpinan yang ada hari ini.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....