Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Ogos 2014

Terkini : Sultan Selangor Perkenan TS Khalid Kekal MB

 Khalid mengangkat ibu jari sebagai respon hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang, Isnin

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Abdul Khalid juga menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Exco Kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahi PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Justeru itu DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Abdul Khalid turut memberitahu, beliau tidak menolak untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat daripada keahlian seumur hidupnya daripada PKR.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," tambah beliau lagi.SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang ini dapat sokongan dari UMNO, PAS hanya diperbodohkan. Majlis syura PAS tak ada hak untuk buat keputusan terhadap isu dalaman parti gabungan. Bagaimana kalau urusan parti mereka ditentukan oleh parti lain. Mereka mesti ingat TS Khalid adalah bekas ahli PKR, PAS langsung tak ada hak. Andaikata berpisahmya PAS dari pakatan ini bukan disebabkan PKR. FAHAMMMMMMMM....

Tanpa Nama berkata...

Bertambah besarlah kepalanya dan makin tinggilah bongkaknya hingga sanggup mengeluarkan kenyataan EXCO DAP dan PKR jika tak mahu bekerja denganya boleh letak jawatan,apa dia dah lupa siapa yang selama ini menjawab semua soalan dari orang ramai yang dia sendiri membisu tanpa penyelesaian,adakah dia ingat presiden PAS dan Musyidul Nik Aziz menyokong dia sudah boleh ingat telah selesai,ingat ada lagi proses untuk menjatuh dengan lebih hina iaitu dengan undi tidak percaya mungkin PKR tidak mampu tapi PRK yang akan menjatuhkan kamu.Ingat itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....