Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 April 2014

Presiden PKR : DS Anwar Tarik Diri,W.Azizah Menang Tanpa Bertanding


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari bertanding merebut kerusi Presiden PKR pada pemilihan PKR 2014.Penarikan diri Anwar itu sekaligus memberikan laluan menang tanpa bertanding kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan yang telah disandangnya itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini, yang merujuk kepada satu surat yang dihantar oleh Ketua Umum PKR itu minggu lalu.

"Saya menerima surat ini pada 19 April yang menyatakan beliau secara rasmi menarik diri bertanding jawqtan Presiden PKR dalam pemilihan 2014," kata Johari yang turut membaca surat satu perenggan Anwar itu.

Dalam surat tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab kenapa tindakan itu diambil oleh beliau.

"Dengan keadaan kematian Karpal (peguam Anwar dalam kes Liwat ll), juga kes mahkamah yang beliau sedang lalui dan nasihat dari beberapa kumpulan perundangan agar beliau fokus kes beliau dan tak mahu ROS ambil kesempatan atas kes ini," kata Johari.

Menurut Johari lagi, walaupun Anwar telah menarik diri, namun nama dan gambar beliau tetap akan dicetak pada kertas pemilihan.Bagaimanapun katanya yuran atau deposit pencalonan tidak akan dikembalikan.

Pemilihan PKR 2014 akan bermula 25 April sehingga 11 Mei ini menyaksikan 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli PKR layak mengundi.Pemilihan bermula 25 April di Lawas Sarawak, diikuti kawasan-kawasan lain di Sarawak, Kelantan Terengganu dan Pahang pada 26 April.

Seterusnya akan diadakan di Johor dan Melaka pada 27 April; Kedah, Perlis dan Sabah pada 3 Mei; Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei; Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan pada 10 Mei dan Selangor pada 11 Mei.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....