Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Mac 2014

Ketua Puteri Umno Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

 Zuraidah Zainal Abidin (kiri) and Burhanuddin Ismail

KANGAR: Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu atas tuduhan khalwat.

Zuraidah, 34, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Arau, dan Burhanuddin Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi 3 Mac.

Zuraidah, dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer dan Burhanuddin, dari Jalan Hiliran di Terengganu, didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan membawa hukuman denda RM5, 000, atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jaidi Ahmad menetapkan kes itu disebut semula pada 14 Mei.Pendakwa Ketua Syariah Khairul Anuar Ahmad melakukan pendakwaan manakala Zuraidah dan Burhanuddin diwakili peguam Syariah Rabiatul Adawiah Ramli.Mstar

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua fitnah. Konspirasi DSAI sebab PRK Kajang. Orang2 UMNO kena ramai2 buat repot polis minta polis siasat. Kalau perlu rampas handphone, laptop, simulator, computer games dll alat komunikasi DSAI & ahli2 PKR. Kah... kah...kah

Tanpa Nama berkata...

Juga segala dokumen,gambar2,video berkaitan perlu dirampas dari JAIP kerana itu semua bukti.

Mau tergelak bila baca http://puteriarau.blogspot.com .. cakap terlabik mcm bos.. lagi mau tak mengaku salah.

KANGAR: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.

Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.

Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.

Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan polis.

Sumber BH.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....