Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 November 2013

Cerita Sebenar Di Sebalik Pencalonan Ust Azam Di Sungai Limau


Oleh: Dr Tanaka Mustafa   

1) Pertama sekali, tahniah dan takziah kepada Ustaz Azam kerana memenangi PRK N20 Sungai Limau dan menggalas amanah mewakili rakyat Sungai Limau dalam Dewan Undangan Negeri. 

2) Kemenangan Ustaz Azam bukan lah kemenangan yang mudah sekalipun Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS kerana hanya 4 pusat mengundi sahaja yang dimenangi oleh PAS sejak dahulu lagi, sedangkan 13 pusat mengundi lain kebanyakannya PAS selalu kalah. Tambahan pula asakan kebendaan menerjah Sg Limau seolah-olah serangan Amerika ke atas Afghanistan dengan Tomahawk, Apache dan Armada-armada laut. 

3) Ustaz Azam adalah calon yang terbaik hasil syura dan ketaatan kepada arahan pimpinan mencorakkan kemenangan kepaa PAS mengekalkan penguasaan di DUN tersebut.

4) Al-Kisah, sebelum pencalonan, Ustaz Azam adalah antara nama bakal-bakal calon daripada PAS, termasuk Ustaz Muaz, Ustaz Nasir (Che Pi), Ustaz Musoddak, Mozaini dan beberapa lagi.

5) Ustaz Nasir (Che Pi) awal-awal lagi menolak dirinya dicalonkan. Dia adalah seorang pemimpin PAS yang berpengaruh di Bukit Besar, anak kepada Tok Guru Pak Man di situ.

6) Beliau turut menyekat adik beliau, Ustaz Muaz daripada dicalonkan. "Muaz aku tak bagi. Sapa nak jadi Penolong Kanan (SMA Nahdzah)?" Beliau lebih memilih Ustaz Muaz mengurus hal ehwal sekolah tersebut.

7) Akhirnya beliau nampak Ustaz Azam Abd Samat. "Azam bulih" Katanya. Ustaz Azam tenang. Dia tahu, menjadi calon PAS bukan semudah menjadi calon BN. Beliau akan terpaksa meletak jawatan sebagai guru di sekolah yang sama.

8 ) Bonda Ustaz Azam dan beberapa orang bapa saudara beliau sendiri tidak bersetuju Ustaz Azam dicalonkan, kerana mereka sangat bimbang masa depan Ustaz Azam. Kebimbangan yang biasa sebagai manusia. Mereka bimbang dengan kekuatan hamburan kebendaan oleh BN, jika Ustaz Azam kalah, beliau akan hilang pekerjaan.

9) Beliau mempunyai tanggungan seorang isteri dan 5 orang anak yang masih kecil. Dan juga beliau masih mempunyai 3 orang adik yang masih belajar, yang turut ditanggungnya selepas kematian bapanya Ustaz Samat beberapa hampir 10 tahun lalu.

10) Che Pi memberitahu bonda Ustaz Azam, "hang suruh dia solat istikharah. PAS dah pilih dia untuk jadi calon".

11) Dipendekkan cherita, akhirnya mereka semua merestui ustaz Azam. Ustaz Azam akur dan taat kepada pimpinan yang memilihnya untuk dicalonkan. Ustaz Azam meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah SMA Nahdzah tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa membayar balik duit lebih kurang 3 bulan gaji kepada jabatan Pendidikan, lebih kurang RM5000.00.

12) Guru-guru sekolah tersebut bersimpati dengan ujian yang menimpa Ustaz Azam. Mereka berpakat mengutip duit sesama mereka untuk membantu meringankan beban Ustaz Azam. Ustaz Azam menolak untuk menerimanya. "Ambil lah ini arahan parti (untuk menerima sumbangan ini)".

13) "Aku bukannya ada duit sangat, tapi aku kesian kat ustaz Azam" kata salah seorang guru yang menghulurkan sumbangan untuk membantu. Sehinggakan guru yang diketahui penykong BN juga turut memberi sumbangan, kerana simpati.

14) "Tak mengapa, jika kalah, kita akan ambil ustaz Azam jadi guru di sini semula" ujar salah seorang pihak pengurusan sekolah. Namun perkara ini dihidu oleh jabatan Pendidikan, yang kemudian menyatakan bahawa Ustaz Azam tak boleh diambil semula jika kalah, atau menang.

15) Ahli keluarga bimbang. Rakan-rakan beliau juga bimbang. Mereka bimbang bagaimana nasib ustaz Azam ika kalah. Bukan tidak yakin dengan kuasa Allah sebagai Maha Pemberi Rezeki, tetapi sebagai manusia biasa, kebimbangan tetap ada. Ustaz Azam tenang dengan keputusan tersebut. Cabaran di depannya amat besar. Jentera BN seluruh negara akan turun membedil kubu kuat PAS ini.

16) Tidak semena-mena seorang sahabat seperjuangan beliau memberitahu, jika beliau kalah, dia akan cuba recommend Ustaz Azam bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai ahli panel syariah syarikat tersebut. Sesuatu yang agak melegakan ahli keluarga Ustaz Azam.

17) Akhirnya berkat taat beliau kepada syura dan pimpinan, kesabaran, usaha dan tawakkal beliau kepada Allah, permuafakatan jentera PAS Sg Limau dan kesudian jentera PAS dari seluruh negara yang berkampung di Sg Limau, beliau berjaya memenangi pilihanraya kecil ini.

18) Cabaran getir beliau ini tidak mungkin dilalui oleh calon BN, walaupun calon BN juga terpaksa meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UPSI.

19) BN boleh berbangga dengan penambahan undi sebanyak 465 undi dengan pelaburan sebanyak kurang lebih RM15juta. Tetapi ahli PAS, jentera PAS dan semua yang terlibat dengan kemenangan PAS sedang gembira dan berpuas hati dan bersyukur dengan kemenangan ini walaupun mejoriti merosot banyak.

20) Siapa sangka asakan BN di kawasan mengundi Bukit Besar dengan karnival lebih seminggu, pengumuman bantuan jutaan ringgit, gula-tepung-beras murah, beratus-ratus anak ayam, kambing dan sebagainya... akhirnya BN kalah juga di Bukit Besar dengan majoriti paling besar yang boleh menampung kekalahan PAS di peti-pti undi pusat mengundi lain.

21) Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan semua pihak yang memenangkan PAS dan mengangat Ustaz Azam sebagai wakil rakyat Dun Sg Limau.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar

Hanya doa yg dpt saya berikan. Ya Allah kau teguhkan iman hamba2Mu yg lemah ini. Menangkan yg HAK dan Kau kalahkan yg BATHIL. Tunjukkanlah kami jalan yg lurus. Permudahkan juga perjuangan kami dibumi kenyalang ini. Aminn...

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua orang sanggup berkorban demiperjuangan agama yg sebenarnya. Pejuang sebenar tentu akan mendapat habuannya di hari penentuan nanti.

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan usaha-usaha kita semua khususnya Ustaz Azam dalam memperkukuhkan syariat di bumi Allah ini. Sebak membaca kronologi peristiwa yang dicoretkan! Takbir!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....