Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 April 2013

PRU 13 : Anwar Umum Calon PKR Parlimen Kuala Kedah Dan Alor Star


ALOR STAR, 1 April —  Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail dan ketua Biro Perundangan PKR Kedah Gooi Hsiao Leung diumumkan sebagai calon parti itu masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Kedah dan Alor Star pada pilihan raya umum ke-13.

Pengumuman mengenai pencalonan Dr Azman, 51, dan Gooi, 41, dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Kedah dan di Taman Berjaya di sini, semalam.

Anwar ketika berucap di Kuala Kedah berkata anggota Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim ditugaskan untuk misi lain.

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad memperoleh 35,689 undi untuk mengalahkan calon Barisan Nasional Hashim Jahaya dengan majoriti 7,018 undi.

Gooi pula kalah 184 undi kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada pilihan raya itu dengan Chor memperoleh 20,741 undi. – Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....