Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Januari 2013

HKR KL112 : Polis Janji Beri Kerjasama

KUALA LUMPUR 8 Jan: Ketua Polis Negara (KPN) berjanji Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan menjadi detik bersejarah dan menjamin ia paling aman di bawah keselamatan anggotanya.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah HKR, Mohammad Sabu selepas pertemuan pihak penganjur bersama Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi.

Perbincangan khusus mengenai kelancaran HKR itu dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 4.10 petang.

“Penganjur dan polis sama-sama berazam untuk memastikan HKR menjadi himpunan aman dan berjalan lancar,” kata Mat Sabu kepada pemberita.

“Kita berbincang berpandukan Akta Perhimpunan Aman dan berjanji setiap pihak perlu mengikuti undang-undang tersebut,” jelasnya.Pertemuan itu turut disertai 10 pimpinan Pakatan Rakyat termasuk wakil NGO.

Mereka terbabit ialah Setiausaha Agung dan dua Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, N Surendran dan Tian Chua; wakil PAS, Datuk Mustafa Ali dan Siti Zailah; wakil DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Liew Chin Tong.

Wakil NGO pula disertai Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah; Pengerusi Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Ishak Surin dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Saifuddin berkata, tugas polis adalah sebagai fasilitator yang akan memudahkan perjalanan himpunan itu nanti.

“Polis juga akan sediakan ‘marshal’ untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan hari tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Sabu menyatakan pihak sekretariat HKR belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran menggunakan Stadium Merdeka.

“Kita tunggu sampai 1 petang esok, sama ada dibenarkan atau tidak. Kemudian kami akan adakan mesyuarat jawatankuasa pada jam 4 petang. Selepas itu kita akan maklumkan kepada polis, media dan orang awam jika terdapat sebarang perpindahan lokasi,” jelasnya.KD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mat sabu salah seorang manusia yang kurang ajar terutama bila berpolitik tanpa sedikitpun mengambil erti ketinggiaan islam.menangani islam sama seperti menilai erti perjuangan seorang kominis di tanah m'sia ini. penuh dengan kata2 yang tidak bererti kepada kita tetapi sebagai sokongan moral dan kemenangan kepada musuh sebenar.

seruaanya mengkhayalkan.


1769 heissums

Budak tadika berkata...

Lepas tu mu tu kurang gapo???kurang akal@bodo sapai mapuhhh.

Tanpa Nama berkata...

yang kedua kurang diajar ialah hadi awang.harap si mat sabu yang kurang ajar tu nak mengajarnya..memang bukan tarafnya. mungkin dah sampai dimakam tak boleh di tegur dan diajar.

coudifE 699

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....