Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Februari 2012

Chua Jui Meng ' Cabar ' Chua Soi Lek



KUALA LUMPUR, 9 Feb — Datuk Chua Jui Meng( gambar kiri ) meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang.”

Tetapi Chua membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di kawasan majoriti Cina.

“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.

Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk PAS.

“Ia jelas kepada semua bahawa undian untuk MCA bermakna undian untuk Umno. Melayu, India dan Cina semua tahu. Tetapi hanya beliau yang tidak nampak perkara ini.

“Saya pula akan bertanding di mana sahaja parti saya letak, beliau presiden jadi beliau boleh buat pilihan dan lawan dengan saya jika berani,” tambah Chua.

Dr Chua( gambar kanan ) juga mengejek kegagalan Chua pada 2005 dan 2008 untuk menjadi presiden MCA menambah ia juga sebab bekas menteri kesihatan itu menyertai PKR.

Datuk Seri Ong Tee Keat menewaskan Chua untuk jawatan presiden pada pemilihan MCA selepas pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan wakil MCA di Parlimen berkurangan dari 31 kepada 15 orang.

Parti itu kemudian menyingkir Dr Chua pada Ogos 2009 kerana skandal video seks pada 2007, menyaksikan undi tidak percaya diadakan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu.

Dr Chua memegang jawatan presiden MCA pada Mac 2010 dalam pemilihan parti yang baru di mana beliau menewaskan Ong dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Walaupun meletakkan jawatan selaku presiden dan menteri kesihatan selepas penyebaran video seks yang membabitkan dirinya pada 2007, Dr Chua tetap menegaskan beliau adalah “calon boleh menang di mana sahaja saya pergi.”TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....