Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Disember 2012

Video & Gambar : Bendera Malaysia Dan Pas Berkibar Megah Di Bumi Gaza






 GAZA: Bendera PAS dan bendera Malaysia adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di  Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas.

Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin.

Perhimpunan yang diadakan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam di Palestin selepas perang lapan hari dengan Israel yang berakhir 21 November yang lalu.

Perhimpunan Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas ini turut dihadiri negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia di samping NGO yang membantu umat Islam Palestin.

Majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah  bersama barisan Kabinet dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal buat pertama kalinya  kembali ke  bumi Palestin selepas dibuang negeri pada tahun 1996.

Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu.

Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria.

Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....