Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 September 2012

Video : Majlis Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat



KUALA LUMPUR: Biarpun hujan mula membasahi padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadiri majlis terbuka Aidilfitri PAS Pusat,hari ini.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu, dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum, sama ada Cina, dan India.

Kebanyakan orang ramai yang hadir turut membawa anak kecil bersama-sama bagi memeriahkan suasana hari terbuka itu.

Pada tahun ini, PAS Pusat menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya sate, lemang, nasi dagang, kuey tiaw goreng, mee goreng, dan menu kegemaran kanak-kanak, aiskrim.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS berada pada majlis sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan para hadirin berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan.

Pengarah program, Mohamad Nor Muhammad, berkata seramai 500 petugas dari Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Negeri Sembilan membantu melancarkan majlis.

"Terima kasih kepada yang hadir, yang difahamkan bukan sahaja dari sekitar Lembah Kelang, tetapi juga dari Negeri Sembilan. Sambutan agak menggalakkan, sehinggakan menu utama iaitu nasi dagang sudah habis sejak jam 3 petang," kata beliau yang ditemui pada majlis tersebut.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tersebut.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....