Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 September 2012

Full Video Ceramah Terkini Datuk Tamrin Ghaffar Di Dungun




DUNGUN - Perlaksanaan undang-undang di negara ini telah dicemari oleh pemimpin Umno sehingga ada perlakuan yang salah tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak polis, sebaliknya ada perbuatan yang tidak salah tetapi dikatakan ia adalah suatu kesalahan.

Secara sinis, bekas Ahli Parlimen Umno Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghaffar Baba mengingatkan orang ramai yang mendengar ceramah supaya berhati-hati duduk diatas kertas surat khabar lama kerana bimbang 'terduduk' atas gambar Perdana Menteri dan isterinya.

"saya tengok ada yang duduk atas surat khabar, saya minta hati-hati sikit, nanti kena gari, pasal undang-undang yang baru ni kalau kita duduk atas gambar Rosmah atau Najib (adalah) salah dan boleh digari.

"tapi kalau kita duduk atau kencing atas gambar Nik aziz tak salah (pula)......inilah undang-undang yang ada di negara kita ini, perlaksanaannya di cemari oleh pemimpin Umno hari ini,"ujarnya.

Beliau berkata, rasuah dan penyelewengan kuasa di kalangan pemimpin negara berleluasa dan dilakukan tanpa segan silu serta takut, seolah-olah mereka boleh merompak apa sahaja.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Bongkar Isu Semasa yang diadakan di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, pada Selasa malam, 24 September.

Sehubungan itu, beliau menyingkap kembali peristiwa kes yang berlaku sewaktu krisis perlantikan Menteri Besar (MB) Terengganu selepas pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008.

Menurutnya, kepimpinan pusat Umno mahukan mantan MB Dato' Seri Idris Jusoh terus menjadi Menteri Besar sedangkan Sultan Terengganu tidak mahu lagi kepada Idris dan mahu ADUN Kijal Datuk Ahmad Said menjadi MB.

Oleh itu katanya, pimpinan Umno telah mengarahkan pihak badan pencegah rasuah (kini SPRM) membuat kenyataan bahawa mereka telah membongkar dan mendapat bukti-bukti baru berhubung kes rasuah Ahmad Said.

"Oleh kerana Umno dan Barisan nassional ketika itu pimpinan Abdullah Badawi dan Najib mahukan Idris Jusoh, maka diarahkan BPR membuat kenyataan,

"kenapa? (kerana) Ahmad said ada kes rasuah yang disiasat sebelum ini, tetapi ditutup....(tapi) apabila tak hendakkan dia kes (itu) dibuka (semula),

"(tapi) apabila Sultan Terengganu bersungguh nakkan Ahmad Said jadi Menteri Besar, maka hari ini fail itu tak jumpa lagi dah....,"jelasnya.

Justeru, beliau mempersoalkan di manakah fail rasuah yang melibatkan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad said itu ketika ini?BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....