Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Ogos 2012

Kerajaan Malaysia didesak campur tangan isu Rohingya

PETALING JAYA 15 Ogos: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan Malaysia campur tangan membela nasib 800,000 etnik penduduk Rohingya di Arakan, Myanmar yang kini diancam pembunuhan beramai-ramai.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, sebagai negara pencadang kemasukan Myanmar ke dalam Asean, Malaysia sepatutnya tidak berdiam diri berhubung isu ini.

“Malaysia main peranan sejak 1997 dengan mencadangkan kemasukan Myanmar ke dalam Asean. (Kita) menuntut Asean mendesak Myanmar menghentikan pembunuhan ini serta-merta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau mewakili PAS dan DAP mendesak Myanmar membenarkan masyarakat antarabangsa masuk ke wilayah bergolak itu untuk memberi bantuan.

Katanya, masyarakat antarabangsa wajar merujuk sejarah pembunuhan etnik seperti di Bosnia dan Rwanda sebagai pengajaran.

“China yang punya hubungan 40 tahun dengan Malaysia dan Amerika baru sahaja menarik sekatan ekonomi terhadap Myanmar. Atas dasar reformasi politik, kita mesti secara aktif mendesak Myanmar melindungi minoriti dan menghentikan pembunuhan.

“Bangladesh, yang bersempadan dengan Myanmar mesti turut memberi tekanan dan membuka sempadan untuk membenarkan mangsa mendapat perlindungan,” kata Izzah.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menghadiri sidang OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) memanggil Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo yang mana merupakan ahli, agar mengeluar kenyataan bersama di bawah Perkara 35 Majlis Keselamatan PBB untuk campur tangan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan turut dicadang mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana negara yang gagal membela hak minoriti dan menyemarak perkauman adalah haram disokong,” kata Izzah.

“Malaysia mesti bertindak cepat, bukan hanya beretorik dengan slogan – ‘Malaysia, negara demokrasi terbaik, atau negara Islam contoh’. Sekarang masanya menunjukkan kepimpinan bermoral,” katanya.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....