Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Ogos 2012

Lagi Pemimpin Sabah Bakal Sertai Pakatan Rakyat ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan akan berlaku lagi satu kejutan dari Sabah pada 12 Ogos ini.

Katanya, bakal menyaksikan seorang lagi pimpinan Sabah akan ‘menyertai’ Pakatan Rakyat bagi meneruskan perubahan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan setakat ini perkembangan di Sabah sangat menggalakkan dan beberapa program penerangan dan majlis bersama pemimpin akan dibuat.

Ketika ditanya adakah lebih banyak kejutan selain penyertaan terbaru pimpinan Anwar berkata semua kejutan daripada rakyat.

“Yang penting dan saya ulang kejutan itu daripada rakyat. Ini kebetulan dengan judul buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’.

“Kejutan itu adalah kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta. Kita bersiap sedia untuk menghadapi Umno pada PRU-13,” katanya.

Menurut Anwar beliau akan kembali ke Sabah bagi memenuhi undangan beberapa program di Kota Marudu dan Kota Belud.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan tindakan meninggalkan Umno-BN Sabah.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....