Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Mei 2012

Fitnah Seks : Azmin saman Utusan RM100 juta

KUALA LUMPUR 3 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menuntut Utusan Malaysia menarik balik tuduhan mengaitkan dirinya dengan gambar lucah palsu atau berdepan saman RM100 juta.

Bercakap dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuntutan itu dibuat kepada Utusan Melayu (M) Berhad melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut Surendran, dalam surat itu, Azmin turut memohon akhbar kawalan Umno BN itu memohon maaf secara terbuka kepadanya.“Azmin memandang serius tuduhan fitnah yang diedarkan Utusan Malaysia ke seluruh negara.

Justeru beliau memulakan prosiding undang-undang untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik,” katanya.Surendran berkata, laporan tersebut bermotifkan politik dan tidak mencerminkan etika  kewartawanan.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab terhadap penyiaran gambar palsu memandangkan beliau adalah presiden kepada parti yang memiliki akbar tersebut.

“Mustahil Utusan Malaysia boleh menyiarkan gambar lucah palsu yang mengaitkan Azmin tanpa kelulusan dan pengetahuan Najib,” katanya.

Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas.Gambar itu kemudian disiar pada muka hadapan Utusan Malaysia, semalam.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....