Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 Mac 2012

Video : Sidang Media Phahrolrazi Zawawi Dan Dr Ismail Salleh




ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh bersetuju untuk menerima pelantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan keputusan Pas Pusat yang bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu di Kedah untuk memantau perjalanan pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata, persetujuan mereka itu perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Yang paling penting matlamat kami tercapai iaitu inginkan perubahan dalam corak pentadbiran negeri, di mana kuasa bukan lagi dominan pada Menteri Besar dan mesyuarat Exco semata-mata. Kini, jika ada pandangan berbeza, boleh dirujuk pada jawatankuasa ini,” katanya pada sidang media di rumahnya petang tadi.

Turut hadir, Dr Ismail dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa termasuk Ahli Dewan Ulamak Negeri Kedah.

Phahrolrazi berkata, kedua-duanya berubah pendirian apabila rundingan dibuat antara pihaknya bersama Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri sebelum ini di Seri Mentaloon, mencapai jalan penyelesaian yang membolehkan Pas Pusat campur tangan dalam isu negeri menerusi jawatankuasa ini.

“Sebelum ini aduan beberapa pihak berhubung masalah kepimpinan negeri tidak diberi perhatian hinggalah menjadi serius seperti sekarang,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga menghormati semua ketetapan Pas Pusat, termasuk mengekalkan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar sehingga tamat tempoh penggal ini.

"Kami diarahkan Pas Pusat untuk terima semula jawatan dan kami setuju sebab adanya Jawatankuasa Pemandu, walaupun ini tiada kaitan sama ada mereka terima atau tolak syarat yang kami usulkan sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai syarat-syarat berkenaan, Phahrolrazi berkata, tuntutan sebelum ini sudah tidak penting selepas matlamat untuk melihat perubahan dalam sistem pentadbiran di Kedah tercapai.

"Syarat-syarat itu berubah mengikut keadaan dan dari semasa ke semasa. Ketika kami tawarkan diri ia adalah syarat lain, tetapi ia berubah pada syarat kedua selepas adanya rundingan dan tawar-menawar sehingga capai kehendak kami,” katanya yang masih enggan mendedahkan apakah syarat yang dimaksudkan.

Menurutnya, pintu rundingan sentiasa terbuka walaupun sebelum ini mereka menyenaraikan beberapa syarat dan sebahagian besar daripadanya tidak termasuk dalam penyelesaian dicapai.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....