Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 Mac 2012

Isu Exco : MB Kedah Akur Arahan Pas Pusat

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.

“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya.

Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.”

Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.SH

4 ulasan:

KulimBoy berkata...

Sebagai sebuah gerakan Islam bermaruah, PAS membenarkan ahlinya berbeza pendapat, masing-masing berhak mempunyai pendapat sendiri dan mempertahankan pendapat tersebut, "asalkan perbezaan pendapat tersebut tidak membawa kepada saling tunggeng menunggeng ju**r".
Namun keputusan parti (jemaah) adalah penyelesaian, mentaati keputusan parti adalah kewajipan, sama ada keputusan tersebut menepati selera atau pun tidak. Jika gagal mentaati keputusan jemaah, hanya dua tindakan menanti, "sama ada dikeluarkan oleh parti atau keluar daripada parti secara sukarela.
Dasar asas ini mesti difahami oleh setiap ahli PAS yang bukan si munafiq, dimana dasar ini telah ditetapkan bukan sahaja kepada ahli PAS bawahan, bahkan ahli PAS peringkat atasan. Apa sahaja jawatan yang dimiliki oleh kepimpinan parti adalah milik mutlak ahli PAS, dan ahli PAS berhak menarik baliknya pada bila-bila masa.
Jawatan MB bukan milik Azizan, bahkan milik ahli PAS, bila-bila masa sahaja ahli PAS melalui AJK PAS Pusat boleh menariknya bila-bila masa. Begitu juga dengan jawatan YB atau exco yang dimiliki oleh YB Pharolrazi.
Mungkin kaedah inilah yang tidak diajar kepada beberapa orang pimpinan pusat, seperti Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali. Dimana mereka tersalah sangka bahawa jawatan yang dimiliki sebelum ini merupakan jawatan warisan yang dipusakai oleh datuk dan nenek mereka.
Kalau MB Azizan dan YB Phahrolrazi ingin meneruskan salah tafsiran ini, mereka boleh melakukannya. Mereka boleh mengikuti jejak nama-nama masyhur seperti Asri, Mat Nasir, Hasan Adli, Nakhaie dan Hasan Ali.
Aku sedikit pun tidak hairan, kerana ahli yang bukan munafiq lebih rela maruahnya jatuh daripada partinya rebah, bahkan mereka lebih rela jatuh kedalam lubang jamban taik demi mempertahankan ISLAM dan perjuangannya.
kah kah kah,

Tanpa Nama berkata...

salam..

sudah-sudah laaa.

kan cantik saling bermaaf-maafan.
cuba bawa bersabar sikit

Ustaz Azizan dan seluruh kepimpinan PAS KEDAH, bawala sembahyang sunat taubat, sunat istikharah dan sunat hajat....Biar TOK GURU SALLEH atau Ustaz Harun Din atau Tok Guru Nik Aziz JADI IMAM. Kat Kedah kan banyak tok-tok guru pondok.
Rujuk la kat depa.

PAS kata faham mengenai Siasah Islamiyah. Cuba lah bawa banyak-banyak bersabar.Kenang balik dosa-dosa kita pada ALLAH...

minta pertolongan ALLAH... Susahla macam ni.

Bertolak ansur la sikit.
ISLAM agama yang menganjurkan perdamaian.
malu sikit pada ALLAH. ALLAH uji dengan jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dah mula gelabah.

Ini puncanya Iblis dan hawa nafsu yang amarah.

Susah rupanya jadi orang-orang besar ni.

Ego terlampau tinggi.
YA ALLAH engkau tolonglah kami (PAS) keluar dari masalah ini, sebagaimana engkau membantu Nabi Musa a.s dan kaumnya keluar dari kesesatan ladang teh. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.

AMIIIIN.... YA ROBBULA'ALAMIN

Tanpa Nama berkata...

kalaulah bergaduh atau berperang demi syiar islam dan keadilan bagi rakyat silakan rakyat akan tetap taat memberi sokongan yang mantap.kalaulah demi kuasa dan kepentingan kerusi,tunggu..!! tanpa segan silu rakyat akan nyahkan mereka semua tanpa mengira engkau lebai ke,ustaz ke atau ulama'ke di hari pilihanraya kelak.kami rakyat dah bosan melihat gelagat pemimpin yang bertelagah sesama mereka yang rugi dan mati adalah rakyat.depa pemimpin sesen duit pun tak luak.kalaulah nak diperbandingkan dengan nabi atau rasul memang jauh pangang dari api sekurang kurangnya malulah dengan seorang pejuang yang bukan islam mahatma gandhi memperjuangkan hak rakyat demi rakyat.sampaikan menaiki keretapi pun masih mencari kelas keempat kerana tiketnya kelas tiga,adakah pemimpin kami macam tu?.mahatma gandhi bukan seorang islam tapi beliau adalah tauladan bagi seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

isu kedah bukan selesai tapi bertaut sementara,,,,isu ini pasti kembali terjadi,,,,,,,kita tungguuuuuuu, bertaut diatas tampa kerelaan,,,,

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....