Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Ogos 2011

Najib Dan Nazri Digesa Henti Hina Parlimen


KUALA LUMPUR 22 OGOS : PAS hari ini mendakwa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berhubung Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai isu penambahbaikan pilihan raya di negara ini sebagai menghina Parlimen.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu juga dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau turut menyifatkan kenyataan itu hanyalah semata-mata untuk menurunkan suhu politik dan tekanan terhadap pentadbiran beliau.

"Bila kata Kerajaan tidak terikat maknanya beliau (Najib) tubuhkan PSC hanya untuk turunkan suhu politik akibat tuntutan rakyat yang mahukan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Bagi saya ia penghinaan kepada Parlimen," kata Mahfuz dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Minggu lalu, Najib mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen akan ditubuhkan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Bagaimanapun jika Parlimen dibubar, PSC tersebut turut akan terbubar sehingga ahli Parlimen baru dipilih dan Parlimen bersidang semula.

"Kalau tubuhkan Jawatankuasa Khas kita seharusnya menghormati dan menunggu keputusan dan cadangan mereka. Kerana mereka dibawah kuasa Parlimen. Kenapa nak tubuh lepas itu bubar sedangkan ia ditubuh untuk selesaikan masalah besar negara," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pendang.

Namun, Mahfuz tidak menolak kemungkinan kenyataan terbaru Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin merupakan respon beliau terhadap masalah dalaman Parti tersebut.

"Saya tidak tahu adakah kenyataan Najib itu dibuat selepas mesyuarat MT Umno kerana tekanan dari musuh beliau dalam UMNO...sehingga beliau terpaksa buat tindakan...Apakah ini maksudnya Pilihan Raya boleh dilakukan bila-bila masa," kata Mahfuz.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Nazri yang 'mendahului' Parlimen dalam satu sidang media kelmarin apabila menetapkan kuota, kriteria pengerusi dan perkara lain berkenaan PSC tersebut tanpa langsung dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu.

"Dia tak boleh mendahului Parlimen. Bagaimana ini berlaku, hanya Parlimen sahaja boleh tentukan perkara itu. Menteri hina parlimen dan tak tunggu keputusan Parlimen," tegas beliau.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....